• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tujuh Calon Tawar Diri Naib Presiden UMNO

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tujuh Calon Tawar Diri Naib Presiden UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merupakan individu ketujuh yang menyerahkan borang pencalonan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada bulan depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Reezal Merican mengambil keputusan bertanding kerana mahu memperkukuhkan UMNO setelah mengalami kekalahan dalam dua siri pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu kemudian melahirkan kebimbangan jika tidak ramai menawarkan diri dalam pemilihan UMNO 2023.

“Namun ada bahagian yang (pertandingan) tiga empat penjuru. Alhamdulillah ramai nak menggalas amanah jawatan penting dalam parti,” katanya selepas menyerahkan borang pencalonan Naib Presiden di Menara Dato Onn hari ini.

Selain Reezal Merican, terdapat enam calon menawarkan diri sebagai Naib Presiden antaranya Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain mereka, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di samping dua penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Bagaimanapun seorang lagi penyandang jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatan ataupun tidak.

-Utusan Online

Tags: Naib Presiden UMNOUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd