• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Shahar Tawar Diri Tanding Ketua Pemuda UMNO

oleh AK-47
25/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Mohd Shahar Tawar Diri Tanding Ketua Pemuda UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu bagi penggal 2023-2026.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohd Shahar yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan I berkata, beliau mahu memastikan Pemuda UMNO akan terus menjadi barisan hadapan parti terutama melibatkan isu kepentingan rakyat.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dengan keadaan politik semasa yang sangat dinamik dan sentiasa berubah-ubah, UMNO sudah pastinya akan menghadapi cabaran dan badai lebih besar untuk terus kekal relevan dan menjadi suara kepada rakyat.

“Tekad saya adalah untuk memastikan Ahli Pemuda UMNO akan terus menjadi barisan hadapan parti dan juru bicara rakyat utama dalam segenap lapisan isu melibatkan kepentingan rakyat.

“Paling utama sekali adalah penyuburan Pemuda UMNO di peringkat akar umbi perlu dilakukan segera bagi memastikan penyatuan dan kekuatan kita sebagai Pemuda sentiasa utuh untuk sederap selangkah melangkah ke hadapan dan menjadi perisai parti keramat yang kita sayangi ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pemilihan UMNO diadakan bermula 1 Februari lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan pada 1 hingga 26 Februari.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat pula bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.

Tambah Mohd Shahar, beliau akan sedaya upaya memberi seluruh usaha, tenaga, jiwa dan raga untuk memimpin Pemuda UMNO sampai ke tahap yang diyakini rakyat sebagai pemimpin sekali gus membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada negara secara menyeluruh.

Justeru, beliau memohon doa dan sokongan daripada Perwakilan Pemuda UMNO seluruh negara untuk memberikan peluang kepadanya menerajui parti berkenaan dengan lebih baik.

“Saya beriltizam untuk memimpin Pemuda UMNO Malaysia agar kita dapat berusaha bersama-sama memastikan parti yang kita sayangi bersama ini terus menjadi pilihan rakyat terutama anak-anak muda,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: Ketua Pemuda UMNOMohd. Shahar AbdullahUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd