• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Belanjawan 2023 Bawa Berita Gembira Untuk Johor – Onn Hafiz

oleh Mohd Arshad
24/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harap Belanjawan 2023 Bawa Berita Gembira Untuk Johor – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Belanjawan 2023 yang akan dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini diharap membawa khabar gembira kepada rakyat negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yakin ada beberapa projek yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat negeri ini akan diumumkan dalam pembentangan belanjawan tersebut

“Saya yakin dan percaya selepas perbincangan yang dibuat antara kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan, petang ini akan ada berita-berita baik dan menarik untuk negeri Johor.

“Bukan baik untuk Johor sahaja sebab limpahan ekonominya adalah untuk negara Malaysia juga,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Pemimpin Muda Johor di Hotel KSL Resort, di sini hari ini.

Sebelum ini, Johor menyuarakan hasrat supaya kerajaan Persekutuan menyertakan beberapa projek dalam Belanjawan 2023 termasuk pelebaran lebuhraya, pembinaan hospital awam baharu serta penyambungan semula projek Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Belanjawan 2023 akan dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang ini.

Mengenai program tersebut, Onn Hafiz memberitahu, kerajaan negeri komited dalam memastikan pelbagai agenda pembangunan yang akan dilaksanakan pihaknya mengambil kira kepentingan golongan muda.

“Dalam usaha menjadikan Johor sebuah negeri maju pada masa depan, adalah tanggungjawab kerajaan negeri bersama-sama pelbagai pihak untuk pastikan kejayaannya.

-Utusan Online

Tags: Belanjawan 2023JohorOnn Hafiz Ghazi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak jadi 'kaki claim' kerana sebahagian projek berskala besar di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd