• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Bedil Semenanjung Gaza

oleh Mohd Arshad
23/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Israel Bedil Semenanjung Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR GAZA: Israel membedil Semenanjung Gaza selepas pejuang Palestin dilaporkan melancarkan beberapa serangan roket dari kawasan pinggir pantai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Serangan roket itu dilakukan selepas tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin dan mencederakan puluhan lagi dalam satu serbuan di bandar Nablus, Tebing Barat.

Lapor Al Jazeera, serangan udara oleh Israel pada awal pagi tadi menyebabkan kepulan asap hitam tebal kelihatan di ruang udara salah sebuah lokasi sasaran di utara bandar Gaza.

Beberapa jam sebelum itu, serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza menyebabkan siren amaran berbunyi di bandar Sderot dan Ashkelon.

Setakat ini, tiada laporan mengenai mangsa yang cedera.

Beberapa saksi penduduk Palestin mendakwa mereka melihat sekurang-kurangnya lapan roket dilepaskan.

Namun, tentera Israel pula mendakwa hanya enam serangan roket dilancarkan.

Sementara itu, tentera Israel memaklumkan sistem pertahanan anti-peluru berpandu Israel berjaya memintas lima serangan roket yang dilancarkan.

“Roket yang keenam pula jatuh di kawasan lapang yang tidak berpenghuni,” jelasnya.

UtusanOnline-

Tags: bedilGazaIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd