• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Catat 165 Kes Perceraian Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 165 kes perceraian didaftarkan di Mahkamah Syariah Negeri Terengganu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, daripada jumlah itu, Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 56 kes diikuti Kemaman (32 kes), Marang (25 kes), Besut (22 kes), Hulu Terengganu (16 kes), Dungun (11 kes) dan Setiu (tiga kes).

Beliau berkata, statistik pembubaran perkahwinan itu melibatkan tuntutan fasakh, tuntutan pengesahan lafaz cerai, permohonan penceraian, tuntutan khuluk atau tebus talak dan permohonan pengesahan cerai taklik.

“Kerajaan negeri sentiasa cakna tentang institusi kekeluargaan ini dan menganjurkan banyak program bagi mendamaikan pasangan suami isteri yang bermasalah di mana perceraian adalah jalan terakhir daripada kemelut rumahtangga mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ghazali berkata, antara pendekatan yang diambil kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu adalah menganjurkan program Bulan Madu Kali Kedua untuk menyuburkan semula rasa cinta antara pasangan suami isteri yang bermasalah.

Beliau berkata, sejak diperkenalkan pada tahun 2009 sebanyak 863 pasangan telah menyertai program tersebut dan kebanyakannya terus komited untuk mempertahankan ikatan perkahwinan. – BERNAMA

 

Tags: kes ceraiTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd