• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sengaja Rempuh Tiang Demi Tuntutan Insurans

oleh AK-47
22/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sengaja Rempuh Tiang Demi Tuntutan Insurans
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA : Tular dalam media sosial sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta rasmi kerajaan berwarna merah merempuh tiang bangunan secara tidak sengaja.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor detik.com, kereta rasmi itu didakwa sengaja dirosakkan supaya tuntutan insurans boleh dibuat, walaupun tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa pengangkutan.

Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Padang Panjang, Albert Dewitra dilaporkan menggunakan kereta rasmi berkenaan.

Berikutan kekecohan itu, Datuk Bandar Padang Panjang, Fadly Amran memohon maaf kepada orang ramai yang berasa terganggu dengan video yang tular berkenaan.

Setiausaha Wilayah Padang Panjang, Sonny Budaya Putra berkata, pemandu terbabit dilihat sengaja merosakkan kereta rasmi kerajaan, BA 35 N yang berkaitan tuntutan insurans supaya kenderaan itu boleh dibaiki sepenuhnya.

Susulan kejadian vandalisme kereta rasmi kerajaan itu, Albert dikatakan dipindahkan tempat kerja.

Kereta tersebut ternyata merupakan salah satu kenderaan rasmi Kerajaan Bandaraya Padang Panjang yang tidak diinsuranskan.

Kenderaan itu tidak diinsuranskan kerana wujud dakwaan berlaku masalah kewangan serantau bagi pengendalian Covid-19 di Kota Padang Panjang.

Pada waktu ini, kereta jenis pikap rasmi yang rosak itu dibawa ke garaj mengikut peraturan yang dikenakan.

Sementara itu, semua kos pembaikan ditanggung oleh orang yang bertanggungjawab terhadap pengguna kenderaan rasmi iaitu Albert sendiri.

-Utusan Online

Tags: Insurans
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

KWSP Benarkan Ahli Guna Akaun 2 Beli Insurans Untuk Keluarga

KWSP Benarkan Ahli Guna Akaun 2 Beli Insurans Untuk Keluarga

05/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pihaknya membenarkan ahli menggunakan dana dalam Akaun 2 mereka untuk membeli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd