• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

`Perang’ Kempen Jawatan Ketua Pemuda PAS?

oleh Ahmad Albab
29/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kaiat memaklumkan pemuda PAS berjaya mengumpul dana sebanyak RM576,216 melalui Tabung Kemanusian Pemuda bagi membantu mangsa banjir di kawasan pantai timur pada tahun lalu.

Beliau yang berasal dari Johor berkata, dana bagi membina rumah untuk mangsa yang memerlukan di bawah projek Perumahan Rakyat Budiman (PRB) itu dikumpul sejak banjir besar melanda Kelantan pada Disember 2014.

“Setakat akhir April 2015 sumbangan yang diperolehi adalah RM576,216. Perbelanjaan yang ditelah dikeluarkan adalah RM203,715.28.

“Item perbelanjaan terbesar adalah kos pembinaan sebanyak RM190,249 melibatkan pembinaan lapan buah Rumah Budiman. Baki akaun adalah sebanyak RM372,500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata, penyata penerimaan dan perbelanjaan PRB telah diaudit oleh Juruaudit Bertauliah, Muzammil Hafiz dan pihaknya membentangkan laporan penerimaan dan perbelanjaan PRB sehingga 30 April itu untuk rujukan semua.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang cuba mengambil alih jawatan Suhaizan dalam pemilihan PAS pada Jun depan pula mendedahkan kerajaan Kelantan jauh lebih hebat kerana telah membina sebanyak 76 buah rumah untuk mangsa banjir.

Nik Mohamad Abduh yang berasal dari Kelantan berkata, sebanyak 440 buah rumah sedang dibina oleh kerajaan Pas Kelantan dan kerajaan negeri itu mengeluarkan belanja sebanyak RM6,400,000 dari Tabung Bencana Banjir Kelantan untuk membantu mangsa banjir. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=25ii3cpL_F8

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd