• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penuntut Kolej Dikesan Buang Sampah Dalam Sungai

oleh Mohd Arshad
11/02/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Penuntut Kolej Dikesan Buang Sampah Dalam Sungai
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang penuntut kolej swasta yang membuang sampah di Sungai Penaga, Jalan SS13/6 Bandar Sunway, di sini kelmarin, selepas perbuatannya itu tular di media sosial, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Siasatan yang dilakukan itu susulan satu hantaran video berdurasi 35 saat di Tik Tok pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, rakaman itu memaparkan seorang lelaki menaiki kereta Perodua Ativa sedang membuang sampah di sungai berkenaan.

Kata beliau, seorang lelaki berusia 19 tahun tampil di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Subang Jaya bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan keterangan suspek, barang yang dibuang ke dalam sungai berkenaan adalah manisan ladu dan manisan barfi digunakan untuk upacara sembahyang.

“Kes itu disiasat mengikut Peraturan 52/LN166/59 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM300,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat BSPT Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222 bagi membantu siasatan.

UtusanOnline-

Tags: Buang Sampah Dalam Sungaipenuntut kolej
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Rentung Kemalangan Seorang Penuntut Kolej

Mayat Rentung Kemalangan Seorang Penuntut Kolej

27/12/2023
0

KUANTAN: Mayat seorang penumpang Perodua Kancil yang rentung dalam kenderaan akibat kemalangan dengan sebuah treler di KM18 Jalan Pekan-Nenasi dekat...

KKM Jejak Kontak Rapat Penuntut Positif Covid-19

27/05/2020
0

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) kini giat menjejak kontak rapat kepada seorang penuntut kolej swasta di Kuching yang didapati positif Covid-19...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd