Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jutaan Rangkaian Wifi Di...

SINGAPURA - Jutaan pengguna rangkaian Wifi di tempat awam, rumah waima pejabat di...

Pelarian Syria Layak Terima...

KUALA LUMPUR - Pelarian Syria yang akan dibawa ke Malaysia layak menikmati gaji...

Lebih 20,000 Penduduk Mariupol...

KYIV: Datuk Bandar Mariupol mendakwa lebih 20,000 orang awam maut di bandar itu...

Pelajar Asing Di Malaysia...

PUTRAJAYA - Jumlah pelajar antarabangsa di Malaysia kini meningkat melebihi 100 peratus berbanding...

Penuntut Kolej Dikesan Buang Sampah Dalam Sungai

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang penuntut kolej swasta yang membuang sampah di Sungai Penaga, Jalan SS13/6 Bandar Sunway, di sini kelmarin, selepas perbuatannya itu tular di media sosial, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Siasatan yang dilakukan itu susulan satu hantaran video berdurasi 35 saat di Tik Tok pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, rakaman itu memaparkan seorang lelaki menaiki kereta Perodua Ativa sedang membuang sampah di sungai berkenaan.

Kata beliau, seorang lelaki berusia 19 tahun tampil di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Subang Jaya bagi membantu siasatan.


“Berdasarkan keterangan suspek, barang yang dibuang ke dalam sungai berkenaan adalah manisan ladu dan manisan barfi digunakan untuk upacara sembahyang.

“Kes itu disiasat mengikut Peraturan 52/LN166/59 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM300,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat BSPT Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222 bagi membantu siasatan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori