• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Kelantan Julai Atau Ogos Ini: Timbalan MB

oleh AK-47
08/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRN Kelantan Julai Atau Ogos Ini: Timbalan MB
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan mungkin diadakan Julai atau Ogos nanti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bagaimanapun berkata, keputusan itu akan dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

“Pada awal perbincangan kita tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu merancang PRN dilakukan pada Mac.

“Namun disebabkan beberapa perkara dan isu berbangkit ianya ditangguh memandangkan Ramadan sudah dekat selain peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Susulan itu secara peribadi saya berpendapat lebik baik tunggu sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan habis tempoh iaitu 26 Jun. Ia dikira DUN Kelantan terbubar secara automatik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, setakat ini perbincangan berhubung PRN hanya dilakukan antara tiga negeri dan tidak membabitkan negeri Pakatan Harapan (PH).

“Sebelum ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bertemu dengan Menteri Besar Kelantan ketika urusan bantuan banjir, Amirudin ada mencadangkan supaya Kelantan bubar DUN pada Jun.

“Namun Menteri Besar Kelantan tidak memberi sebarang maklum balas,” katanya.

Ditanya sama ada PAS Kelantan sudah mengadakan perbincangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berhubung calon PRN, Mohd Amar berkata setakat ini hanya perbincangan awal dilakukan.

“Setakat ini kita belum ada senarai calon memandangkan masih awal. Berdasarkan perbincangan awal kita mungkin menggunakan konsep Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Konsep PRU-15 adalah kerusi dimenangi PAS dikekalkan kepada calon PAS, manakala kerusi yang dimenangi UMNO diberi kepada BERSATU.

“Namun belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Mohd Amar Nik AbdullahPRNPRN Kelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd