• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hotel Atlit Sukan SEA Ikut Jenis Sukan, Bukan Negara

oleh
27/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Menyediakan wadah bagi 11 buah negara berinteraksi antara satu sama lain menjadi salah satu matlamat Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Singapura (SINGSOC) apabila membuat rancangan penginapan.

Justeru, buat julung kali dalam sejarah temasya terbesar rantau Asia tenggara itu, kesemua 20 buah hotel yang menempatkan atlit dan pegawai diperuntukkan berdasarkan jenis sukan, dan bukannya mengikut negara.

Rasional pihak penganjur supaya atlit daripada semua negara peserta berpeluang beramah-mesra dengan rakan-rakan mereka daripada sukan yang sama, menurut kenyataan dikeluarkan oleh SINGSOC pada Rabu.

Satu lagi sebab utama untuk pemerintah Singapura berbuat demikian adalah bagi memastikan atlit-atlit berada di hotel yang dekat dengan lokasi pertandingan sekali gus melancarkan segala urusan pengangkutan logistik.

Sebagai contoh, pemain bola sepak menetap di Days Hotel, yang terletak di Balestier kerana ia mengambil masa sekitar 15 minit untuk ke Stadium Jalan Besar dan Stadium Bishan, lokasi bagi kebanyakan perlawanan.

Dianggarkan lebih 7,000 atlit termasuk tuan rumah akan bertanding menerusi 36 jenis sukan bagi merebut 1,327 pingat pelbagai warna dalam kejohanan yang berlangsung dari 5 hingga 16 Jun depan. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: Asia tenggarapingatSingapuraSukanSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd