• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panjangkan Semula Had Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Elak Rakyat Muflis – CUEPACS

oleh Mohd Arshad
04/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Panjangkan Semula Had Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Elak Rakyat Muflis – CUEPACS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan dan Bank Negara (BNM) disyor memanjangkan semula had tempoh bayaran balik pinjaman termasuk pembiayaan peribadi, daripada 10 kepada 20 tahun, sekali gus dapat membantu rakyat mengelak masalah muflis akibat beban hutang terbabit.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, menjelaskan cadangan itu wajar dengan mengambil kira impak lonjakan kos sara hidup serta kesan pasca COVID-19 kini, selepas langkah BNM pada 2013 memendekkan tempoh pembiayaan peribadi dan pinjaman perumahan dilihat telah memberi kesan terhadap pendapatan boleh guna rakyat yang mahu melakukan pinjaman, lebih-lebih lagi dengan situasi lonjakan harga rumah ketika itu.

Beliau berkata, pelaksanaan cadangan itu akan menjadikan kadar bayaran balik pinjaman lebih rendah, justeru turut membolehkan rakyat mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna untuk dibelanjakan.

“Mereka yang mahu melakukan pinjaman perumahan atau peribadi untuk berniaga, juga tidak begitu bimbang untuk berbuat sedemikian kerana bayaran bulanan pinjaman itu akan menjadi lebih rendah jika had tempoh pembiayaan dipanjangkan.

“Mana-mana rakyat yang terjejas pendapatan juga boleh membuat penstrukturan semula tempoh dan bayaran bulanan, kepada jumlah lebih mampu dan ia dapat mengelak masalah muflis daripada berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan sebanyak 49,133 kes kebankrapan ditadbir Jabatan Insolvensi sejak 2018, dengan hutang pinjaman peribadi dan sewa beli kenderaan merupakan antara faktor utama masalah berkenaan.

Berdasarkan rekod, sebanyak 9.06 peratus atau 4,449 daripada mereka adalah kakitangan sektor awam.

Pada 2013, BNM dilapor memendekkan tempoh pembiayaan peribadi daripada 25 kepada 10 tahun, manakala pinjaman perumahan pula daripada 45 kepada 35 tahun, menyebabkan kadar bayaran balik bulanan meningkat, sekali gus mengurangkan jumlah pendapatan boleh guna.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, syor memanjangkan semula had tempoh bayaran balik pinjaman juga dijangka mampu merancakkan semula ekonomi kerana pendapatan boleh guna bertambah, selain berupaya mengurangkan tekanan hidup rakyat.

“Pada masa sama, operasi perniagaan koperasi kredit dan institusi kewangan dikawal selia BNM boleh berkembang semula. Selain itu, ia mampu memberikan peluang kedua kepada rakyat yang berkemungkinan terhimpit sehingga perlu melalui proses kebankrapan, untuk menstruktur semula kewangan mereka.

“Ia memberi situasi menang-menang kepada rakyat yang boleh menjalani hidup seperti biasa tanpa perlu melalui proses kebankrapan,” katanya.

Berhubung masalah muflis dalam kalangan penjawat awam, beliau berkata, pendedahan mengenai pengurusan kewangan baik yang diterapkan perkhidmatan awam ke atas anggotanya secara berterusan, telah meningkatkan kesedaran supaya tidak terjerat dalam kancah hutang.

Namun, katanya, CUEPACS bimbang akan keperluan rakyat ketika ini yang terpaksa berhutang bagi meneruskan kehidupan berikutan gaji tidak mencukupi untuk menampung lonjakan kos sara hidup.

“Justeru, kita melihat ramai rakyat terpaksa melakukan pinjaman peribadi untuk menampung keperluan yang mendesak.

“Bagaimanapun, tempoh pembiayaan yang singkat iaitu maksimum 10 tahun, menyebabkan ansuran bulanan menjadi tinggi sehingga menyebabkan pendapatan boleh guna peminjam terjejas,” katanya.

-Berita Harian

Tags: bayaran balik pinjamanCuepacsmuflisRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Daulat Tuanku Manifestasi Kemarahan Rakyat

Himpunan Daulat Tuanku Manifestasi Kemarahan Rakyat

17/05/2026
0

HIMPUNAN Daulat Tuanku semalam ada yang melaporkan sekitar 3,000 peserta, manakala ada yang menyebut 5,000 orang. Tidak mustahil juga jumlah...

PMX Anwar Seru Rakyat Bersyukur Tiada Catuan Bahan Api, Banyak Negara Hormati Malaysia

PMX Anwar Seru Rakyat Bersyukur Tiada Catuan Bahan Api, Banyak Negara Hormati Malaysia

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya terus bersyukur dengan kemampuan kerajaan mengawal impak krisis global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd