• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Kawasan Taman Negeri Selangor Untuk Projek ECRL – Exco

oleh Mohd Arshad
04/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Empat Kawasan Taman Negeri Selangor Untuk Projek ECRL – Exco
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Kesan bukaan empat kawasan di dalam Taman Negeri Selangor merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Semakan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mendapati projek landasan itu melibatkan Jajaran Seksyen C iaitu dari Bentong-Gombak-Serendah— Pelabuhan Klang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, penjelasan itu susulan dakwaan isu pembukaan kawasan hasil penemuan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui pemerhatian imej satelit, baru-baru ini.

“Projek ini umumnya diluluskan oleh jemaah Menteri pada 2 September 2021 dan dipersetujui dalam Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).

“Kerajaan Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24 November 2021 juya bersetuju dengan Cadangan Pindaan Asal Jajaran Seksyen C tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, media melaporkan pencerobohan hutan berbentuk pembalakan haram dikesan berlaku di empat kawasan di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah, sekitar akhir tahun lalu dan awal bulan ini.

Perkara itu didedahkan sebuah NGO dalam laporannya yang menyatakan bahawa Taman Negeri Selangor digazetkan pada 2007 dan adalah Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) kedua terbesar di Semenanjung selepas Taman Negara.

Jelas Loy Sian, pelaksanaan projek ECRL itu telah disyaratkan mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal berkaitan.

“Sebagai rekod, kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi Seksyen C2 (Gombak Serendah — Pelabuhan Klang) telah diperoleh Malaysia Rail Link (MRL) pada 30 November 2021.

“JPNS juga mengeluarkan kebenaran melalui Permit Penggunaan untuk pelaksanaan projek itu di kawasan hutan simpanan kekal pada Julai tahun lalu,” ujarnya.

Tambah beliau, projek itu di kawasan Taman Negeri Selangor sehingga kini sentiasa dikawal supaya mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.

-Utusan Online

Tags: ExcoProjek ECRLTaman Negeri Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

EXCO Jawab Dakwaan Anwar, Kerajaan Johor Peruntukan RM172 Juta Jaga Rumah Rakyat

EXCO Jawab Dakwaan Anwar, Kerajaan Johor Peruntukan RM172 Juta Jaga Rumah Rakyat

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor tampil menjawab kenyataan Perdana...

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan penipuan yang disebarkan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd