• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

oleh AK-47
01/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim “malu-malu” untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar gaji selaku penasihat di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menganggap langkah memberikan jawatan kepada anak tanpa melibatkan sebarang gaji itu sebagau luar biasa, Muhammad Sanusi selanjutnya berpendapat, tanpa balasan sebegitu Nurul Izzah mungkin sukar untuk membiayai keperluan hariannya.

“Ambillah kalau nak, apa nak malu-malu? Dah lantik anak (Nurul Izzah), dia rasa malu tak ambik gaji. Takkan macam tu, nak makan apa?” katanya seperti dipetik harakahdaily hari ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian kepada media selepas menghadiri sambutan tahun baru Cina di Alor Setar malam tadi.

Kata pengarah pilihan raya PAS Pusat itu lagi langkah diambil Anwar itu juga mungkin menjadi penanda aras kepada orang politik kemudian untuk melantik anak masing-masing ke jawatan tertentu dan diwajarkan dengan alasan mereka tidak dibayar gaji.

Sementara itu BH Online melaporkan Muhammad Sanusi berpendapat lebih baik Nurul Izzah menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbanding penasihat di JPM.

“Kalau dia (Nurul Izzah) tak ambil gaji, perjawatan dia macam khidmat sosial pula… lebih baik dia pergi buat kerja badan bukan kerajaan (NGO) sebab kerja NGO tak dapat bayaran,” katanya.

Dia juga berpendapat tidak mudah untuk seseorang yang dilantik menyertai kerajaan boleh bekerja tanpa melibatkan bayaran gaji.

Buat apa malu-malu

Katanya seseorang yang dilantik ke jawatan kanan dalam kerajaan sepatutnya tertakluk kepada skim perkhidmatan sedia ada dengan kadar bayaran gaji serta elaun tertentu.

Menurutnya ia dibuat bagi memastikan individu terbabit tertakluk kepada ikatan undang-undang.

“Saya rasa tak ada perjawatan seperti itu, perjawatan itu apabila buat perkhidmatan maka ada bayaran. Kalau perkhidmatan diberi, bayaran tak ada maka itu bukan pekerjaan.

“Setiap pegawai kerajaan yang dilantik dalam skim perkhidmatan perlu ada skim saraan, setiap pegawai ada ikatan undang-undang supaya setiap kerja dan pandangannya tertakluk kepada undang-undang serta berkuat kuasa kepada kerajaan,” katanya.

Muhammad Sanusi juga berkata ketika ini sudah ada ketua setiausaha kementerian dan bahagian audit untuk membuat semua urusan yang ditugaskan kepada Nurul Izzah.

“Jadi tak perlu tambah lagi jawatan, tetapi kalau dia (Nurul Izzah) nak kerja, perlu ada skim saraan, buat apa dia nak malu-malu ambil gaji,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Anwar IbrahimNurul IzzahPelantikan Nurul IzzahSanusi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd