• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Ahli UMNO: ‘Perlu Ambil Kira Pandangan Parti Komponen Kerajaan Perpaduan’ – Anwar

oleh Mohd Arshad
29/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Terima Ahli UMNO: ‘Perlu Ambil Kira Pandangan Parti Komponen Kerajaan Perpaduan’ – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Keputusan untuk menerima pimpinan UMNO yang dipecat sekiranya mereka mahu menyertai parti dalam Pakatan Harapan (PH) akan mengambil kira pandangan pimpinan setiap parti komponen dalam gabungan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH, berkata perkara itu juga perlu menjaga kesepakatan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Setakat waktu ini, masih belum ada sebarang pelawaan untuk ahli (UMNO) yang dipecat itu untuk bersama PH.

“Sekiranya ada, kita akan teliti dan tentunya mendapat pandangan pimpinan lain,” katanya selepas merasmikan pembukaan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun di Meru Raya, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan Timbalan Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, pandangan daripada pimpinan parti komponen lain perlu menjaga kerukunan dan kedamaian Kerajaan Perpaduan yang dibentuk antara PH dan Barisan Nasional (BN) khususnya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, dilaporkan berkata, parti dalam PH akan membuat pertimbangan masing-masing sekiranya ada permohonan daripada ahli UMNO yang dipecat untuk menyertai mana-mana parti gabungan itu.

Katanya, PH tidak mahu masuk campur dalam urusan parti komponen dan setakat ini, mana-mana ahli UMNO yang berdepan tindakan itu juga belum menyatakan hasrat mereka.

Nada sama turut disuarakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dilapor berkata, PKR akan berbincang terlebih dulu jika ada pemimpin UMNO yang dipecat mahu menyertai mereka serta menegaskan beliau tidak boleh membuat keputusan itu secara berseorangan, sebaliknya perlu dibuat secara kolektif oleh semua pemimpin PKR.

Media sebelum ini melaporkan, bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif pula digantung keahlian selama enam tahun.

BHonline-

Tags: Anwar Ibrahimkerajaan perpaduanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd