• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: PAS Tunggu Masa Jumpa Pimpinan Tiga Negeri Diterajui PH

oleh AK-47
29/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRN: PAS Tunggu Masa Jumpa Pimpinan Tiga Negeri Diterajui PH
Share on FacebookShare on Twitter

Setiu : PAS menunggu masa yang sesuai untuk mengadakan pertemuan bersama pimpinan tiga negeri diterajui Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan tarikh pilihan raya negeri (PRN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan menghubungi pimpinan tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam waktu yang terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Sebenarnya bila-bila masa sahaja, bila berada di Kuala Lumpur saya boleh telefon atau WhatsApp kepada mana-mana Yang Amat Berhormat dan kita berjumpa, begitu sahaja… itu yang saya kata secara tidak rasmi itu,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan ‘Flag Off’ Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong di sini semalam.

Ketika ditanya sama ada PAS sudah menetapkan tarikh PRN, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya belum memutuskan tarikh PRN sehingga perbincangan dilakukan bersama pimpinan negeri yang lain.

“Kita belum putuskan lagi… nanti kita jumpa dulu,” katanya.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan bahawa parti itu akan membuat keputusan sendiri berhubung tarikh PRN bagi tiga negeri di bawah pentadbirannya iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Abdul Hadi turut menyerahkan kepada PH untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor itu serentak dengan tiga negeri pentadbiran PAS atau sebaliknya.

Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berpendapat adalah lebih baik enam negeri yang belum membubarkan DUN mengadakan PRN secara serentak iaitu selepas habis penggal tahun hadapan.

Jelasnya, pembubaran DUN secara serentak di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan adalah wajar bagi memudahkan pengundi mendapatkan cuti selain memastikan kos untuk mengadakan PRN di kesemua negeri itu tidak terlalu tinggi.

PH kini mentadbir di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sementara Kelantan, Terengganu dan Kedah dipimpin PN.

-Harian Metro

Tags: PASPHPRN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum...

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerjasama dan rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd