• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 5 Lelaki Kes Kurung & Samun Di Taman Sri Stulang

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis menahan lima lelaki, termasuk seorang remaja berumur 17 tahun, yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan kurung seorang remaja lain di sebuah rumah di Taman Daya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kelima-lima suspek itu, yang berumur antara 17 hingga 31 tahun itu, ditahan sejam setengah selepas mangsa yang dapat melepaskan diri daripada kurungan, membuat laporan polis.

Dua hari lepas, mangsa, 19, yang tinggal di flat Taman Sri Stulang didatangi empat lelaki yang tidak dikenali terus mengikat tangan dan kaki mangsa sebelum membawanya ke sebuah rumah di Taman Daya.

“Semasa dalam perjalanan, mangsa telah dipukul di seluruh badan dengan buku lima, batang besi dan kayu besbol. Setelah sampai di sebuah rumah, mangsa dikurung di sebuah bilik tanpa diberi makanan sepanjang tempoh pengurungan,” kata Sulaiman dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sulaiman berkata mangsa didapati mengalami lebam-lebam di muka, bengkak di bahagian mata kanan dan sakit otot di keseluruhan badan dan kepala.

“Mangsa kemudiannya melarikan diri selepas berjaya membuka ikatan ketika semua suspek sedang tidur lebih kurang 12.30 tengah hari sebelum membuat laporan polis,” kata beliau.

Sulaiman berkata kesemua suspek itu juga dipercayai menyamun barang milik mangsa antaranya jam berjenama, wang tunai RM470 dan sebuah kereta Perodua Viva dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM15,900. – BERNAMA

 

Tags: kes culikpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd