• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menu RM5 Dan Ke Bawah Akan Diperkenal Untuk Miskin Tegar

oleh AK-47
27/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Menu RM5 Dan Ke Bawah Akan Diperkenal Untuk Miskin Tegar
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan akan memperkenal Menu Rahmah yang menawarkan hidangan makanan pada harga RM5 dan ke bawah khusus untuk golongan miskin tegar tidak lama lagi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata menu berkenaan yang merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur akan dilaksanakan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, minggu depan.

“Menu ini dikhususkan kepada golongan miskin tegar yang memerlukan makanan siap masak pada harga munasabah,” katanya kepada pemberita selepas jelajah mesra dan pemeriksaan Ops Menu di sini hari ini.

Beliau berkata menu berkenaan tercetus menerusi sesi libat urus KPDN bersama pemain industri semalam bagi mencari kaedah terbaik menangani isu kenaikan harga makanan dalam situasi ‘menang-menang’ bagi mengurangkan kos operasi serta menawarkan harga munasabah kepada pelanggan.

Mengenai pelaksanaan Ops Menu 3.0 yang bermula pada 23 Jan lepas, Salahuddin berkata sebanyak 614 premis makanan diperiksa di seluruh negara, dengan sembilan tindakan dikenakan kepada peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

AKHAP memperuntukkan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan atau syarikat manakala bagi individu, denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Bagaimanapun kerajaan mahu elak kenakan tindakan undang-undang kepada pengusaha premis makanan, jadi saya harap pengusaha premis dapat patuhi undang-undang dan beri kerjasama,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Menu Rahmahmiskin tegar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Miskin Tegar Boleh Beli Barang Runcit RM600 Dengan Hanya Tunjuk IC

Miskin Tegar Boleh Beli Barang Runcit RM600 Dengan Hanya Tunjuk IC

17/07/2023
0

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) boleh membuat pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai di 600 pasar raaya dan kedai runcit...

200,000 Rakyat Miskin Tegar Terima RM600 Isnin Depan

200,000 Rakyat Miskin Tegar Terima RM600 Isnin Depan

14/07/2023
0

PUTRAJAYA - Seramai 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-kasih akan menerima Sumbangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd