Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

ATM Bantu Uruskan Mayat...

KLANG - Isu mayat pesakit Covid-19 yang terlalu banyak di Hospital Tengku Ampuan...

Kejam!! Mayat Bayi Dikerat...

Johor Bahru - Mayat bayi dipotong 15 tanpa kepala dijumpai dalam perangkap sampah...

Sherry Kesal Diskriminasi Terhadap...

SEBELUM ini Mynewshub.cc ada menyiarkan cerita mengenai pelakon dan pengacara Melodi, Sherry Al-Hadad...

Anak Blogger Mahu Bantu...

KUALA LUMPUR - Raja Sara Raja Petra, 30, yang merupakan satu-satunya calon wanita...

Miskin Tegar Boleh Beli Barang Runcit RM600 Dengan Hanya Tunjuk IC

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) boleh membuat pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai di 600 pasar raaya dan kedai runcit di seluruh negara yang terlibat dalam program itu, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Program Pengakuan Sukarela (VDP) 2.0 di Putrajaya hari ini, beliau berkata antara premis terlibat ialah rangkaian Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), 99 Speedmart, Econsave, Lotus’s Malaysia dan Giant Hypermarket.

“Penerima SARa hanya perlu tunjuk IC (MyKad) ketika buat pembayaran di mana-mana 600 pasar raya atau kedai runcit terlibat.

“Jika ada baki sumbangan dari bulan pertama (yang bermula hari ini), baki boleh carry forward (bawa ke hadapan) untuk guna pada bulan yang berikutnya,” katanya.

Ahmad berkata senarai penuh pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh didapati di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Semalam, kerajaan mengumumkan lebih 210,000 penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih akan menerima SARa berjumlah RM600 mulai hari ini, dalam bentuk tanpa tunai berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh enam bulan sehingga Disember ini.


Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip hasil sebanyak RM5.57 juta menerusi VDP 2.0 bagi tempoh 6 Jun hingga 15 Julai 2023.

Beliau berkata program yang bermula 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024 itu menyasarkan 2,000 permohonan dengan hasil kutipan sebanyak RM200 juta.

Beliau berkata dasar VDP memberi peluang kepada syarikat dan orang kena cukai secara suci hati hadir mengakui dan membayar cukai yang bertanggungan tanpa dikenakan sebarang penalti atau pada kadar sifar peratus.

“Bagi mengubah budaya cukai yang lebih positif, efektif dan efisien, Kementerian Kewangan menerusi JKDM melakukan reformasi percukaian untuk menggalakkan pembayar cukai secara rela mengisytiharkan jualan barangan atau perkhidmatan bercukai termasuk cukai pelancongan,” katanya.

Program VDP 2.0 merupakan kesinambungan inisiatif terdahulu yang telah dilaksanakan mulai 1 Jan hingga 30 Sept 2022, dengan melibatkan 16,880 permohonan dan kutipan hasil sebanyak RM700 juta.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori