BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha bertindak meninggalkan sidang media baru-baru ini susulan tidak selesa dengan soalan yang diajukan mengenai desas-desus bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang dikatakan akan kembali ke negara berkenaan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Sebagai seorang jeneral dalam tentera diraja yang menggulingkan dua kerajaan Thaksin pada 2006 dan adiknya, Yingluck pada 2014, permusuhan Prayuth dengan keluarga bilionair Shinawatra berlarutan sehingga sedekad.
Dalam pilihan raya yang dijadualkan menjelang Mei, Prayuth, 68, dilihat lebih terkedepan berbanding anak bongsu Thaksin iaitu Paetongtarn yang mendapat dua kali ganda sokongan mengatasi tinjauan pendapat baru-baru ini mengenai siapa yang patut menjadi perdana menteri Thailand.
“Jangan cakap pasal orang tu. Saya tidak menyukainya,” kata Prayuth semalam ketika mencelah soalan wartawan mengenai Thaksin sebelum beliau berjalan meninggalkan podium dan keluar dari tempat berkenaan.
Bekas pelopor syarikat telekomunikasi dan pemilik kelab bola sepak Liga Perdana, Thaksin menghadapi situasi tidak menentu selama 17 tahun di Thailand.
Beliau tinggal sendirian di Dubai sejak 2008 bagi mengelakkan hukuman penjara kekal yang dicipta oleh pesaing dalam pertubuhan tentera dan konservatif negara berkenaan.
Thaksin, 73, turut mempromosikan pencalonan anak perempuannya pada pilihan raya akan datang dan pada masa yang sama menuduh Prayuth mengheret beliau untuk membubarkan Parlimen sambil mengulangi beliau akan kembali ke Thailand tidak lama lagi.
Paetongtarn, 36, minggu lalu mengisytiharkan kesediaannya menjadi perdana menteri di bawah Parti Pheu Thai.
Sebelum ini, parti berkenaan memenangi banyak kerusi pada pilihan raya 2019 tetapi tidak cukup untuk membentuk kerajaan ketika itu.
Bagaimanapun, keluarga Shinawatra dan sekutunya telah memenangi majoriti yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam lima pilihan raya sejak 2001.
Keluarga Shinawatra juga berkempen atas nama Thaksin dan dasar populis yang memperoleh pengikut setia dalam kalangan pekerja di Thailand.
Prayuth yang menyertai parti baharu dijangka menyandang jawatan perdana menteri sekali lagi selepas lapan tahun memegang jawatan sebagai ketua junta dan ketua gabungan 17 parti.
BHonline-
