• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Thailand Tinggalkan Sidang Media Ketika Ditanya Mengenai Bekas Pemimpin Thaksin

oleh Mohd Arshad
26/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Thailand Tinggalkan Sidang Media Ketika Ditanya Mengenai Bekas Pemimpin Thaksin
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha bertindak meninggalkan sidang media baru-baru ini susulan tidak selesa dengan soalan yang diajukan mengenai desas-desus bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang dikatakan akan kembali ke negara berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebagai seorang jeneral dalam tentera diraja yang menggulingkan dua kerajaan Thaksin pada 2006 dan adiknya, Yingluck pada 2014, permusuhan Prayuth dengan keluarga bilionair Shinawatra berlarutan sehingga sedekad.

Dalam pilihan raya yang dijadualkan menjelang Mei, Prayuth, 68, dilihat lebih terkedepan berbanding anak bongsu Thaksin iaitu Paetongtarn yang mendapat dua kali ganda sokongan mengatasi tinjauan pendapat baru-baru ini mengenai siapa yang patut menjadi perdana menteri Thailand.

“Jangan cakap pasal orang tu. Saya tidak menyukainya,” kata Prayuth semalam ketika mencelah soalan wartawan mengenai Thaksin sebelum beliau berjalan meninggalkan podium dan keluar dari tempat berkenaan.

Bekas pelopor syarikat telekomunikasi dan pemilik kelab bola sepak Liga Perdana, Thaksin menghadapi situasi tidak menentu selama 17 tahun di Thailand.

Beliau tinggal sendirian di Dubai sejak 2008 bagi mengelakkan hukuman penjara kekal yang dicipta oleh pesaing dalam pertubuhan tentera dan konservatif negara berkenaan.

Thaksin, 73, turut mempromosikan pencalonan anak perempuannya pada pilihan raya akan datang dan pada masa yang sama menuduh Prayuth mengheret beliau untuk membubarkan Parlimen sambil mengulangi beliau akan kembali ke Thailand tidak lama lagi.

Paetongtarn, 36, minggu lalu mengisytiharkan kesediaannya menjadi perdana menteri di bawah Parti Pheu Thai.

Sebelum ini, parti berkenaan memenangi banyak kerusi pada pilihan raya 2019 tetapi tidak cukup untuk membentuk kerajaan ketika itu.

Bagaimanapun, keluarga Shinawatra dan sekutunya telah memenangi majoriti yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam lima pilihan raya sejak 2001.

Keluarga Shinawatra juga berkempen atas nama Thaksin dan dasar populis yang memperoleh pengikut setia dalam kalangan pekerja di Thailand.

Prayuth yang menyertai parti baharu dijangka menyandang jawatan perdana menteri sekali lagi selepas lapan tahun memegang jawatan sebagai ketua junta dan ketua gabungan 17 parti.

BHonline-

Tags: perdana menteri thailandPrayuth Chan-ochaThaksin Shinawatra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Kesihatan Thailand Nafi PM Dijangkiti Koronavirus

31/01/2020
0

BANGKOK - Menteri Kesihatan Thailand menafikan dakwaan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha mungkin dijangkiti koronavirus. Menurut laporan Bloomberg, jurucakap kerajaan, Narumon...

Thaksin Akhirnya ‘Bersuara’ Selepas Yingluck Larikan Diri

30/08/2017
0

BANGKOK – Bekas perdana menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra, akhirnya bersuara menerusi satu catatan Twitter, beberapa hari selepas adik perempuannya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd