• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mercun Dan Dadah Bernilai Lebih RM400,000 Dirampas

oleh AK-47
23/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Mercun Dan Dadah Bernilai Lebih RM400,000 Dirampas
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN : Polis Pulau Pinang berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan dadah bernilai kira-kira RM408,943 dalam dua serbuan di Batu Maung, dekat sini Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam serbuan bermula pukul 11 malam itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia antara 26 hingga 45 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah dan penjualan mercun.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, dalam serbuan pertama, tiga lelaki ditahan kerana memiliki dadah jenis ketamin seberat 6.40 gram bernilai RM960 dan 18 biji eramin 5 bernilai RM2,700 di dalam kenderaan di tepi jalan di Batu Maung.

”Polis turut menemukan 81 kotak serta 527 pek pelbagai jenis mercun dipercayai untuk dijual sempena Tahun Baharu Cina.

”Susulan tangkapan suspek-suspek ini, polis kemudian membuat serbuan kedua di sebuah premis di kawasan Batu Maung dan merampas 44 guni dan 333 kotak pelbagai jenis mercun di premis ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil ujian saringan air kencing ke atas dua tangkapan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala seorang lagi tangkapan negatif dadah.

Jelasnya, semakan mendapati tangkapan tidak mempunyai rekod jenayah dan dadah, namun kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula 20 Januari lalu untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, bagi kesalahan dadah, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala kesalahan melibatkan mercun disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Shuhaily berkata, berdasarkan rekod menerusi Ops Selamat, setakat 19 Januari lalu sebanyak 1.5 juta kenderaan telah memasuki Pulau Pinang.

”Daripada 19 Januari hingga 22 Januari, jumlah kemalangan yang dicatatkan adalah 717 kes iaitu peningkatan 16 peratus berbanding tahun lalu.

”Kemalangan maut berkurangan berbanding iaitu lima kes berbanding sembilan kes tahun lalu,” katanya.

-Utusan Online

Tags: dadahmercunpolisrampas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd