• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Motivasi Gelar Kumpulan Search Hantu! Ini Reaksi Amy..

oleh Ahmad Albab
29/05/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BETULLAH ungkapan pepatah, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Dalam kontroversi terbaru membabitkan dunia hiburan tempatan, kumpulan lagenda rock tanahair, Search telah dikritik dan dituduh ‘hantu’ oleh seorang pakar motivasi.

Menggunakan akaun motivasilukman.com di Facebook, Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Muhammad Lukman Al-Hakim Muhammad telah menggunakan perkataan kasar itu bagi menggambarkan pandangannya terhadap Search sehingga mengundang kritikan ramai.

kumpulan-search

Ia bermula setelah Lukman memuat naik satu status Facebook bagi memberi komen mengenai sambutan Hari Belia 2015 yang diadakan di Putrajaya, baru-baru ini.

Tulisnya, “Setelah bertahun-tahun negara sambut Hari Belia Negara, belia-belia kita menjadi semakin teruk kerana hantu-hantu macam ni yang menjadi pengisinya.” 

Apa yang menjadi pertikaian, apabila Lukman kemudiannya memuat naik sekeping foto yang memaparkan kumpulan Search secara terang dan nyata.

Kumpulan popular era 90-an itu sememangnya telah dijemput untuk membuat persembahan pada hari terakhir karnival berkenaan, Ahad lalu.

Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati ramai peminat Search yang melihat isu tersebut sebagai tidak rasional untuk dikaitkan.

Tak lama selepas itu, Lukman mengambil keputusan untuk memadamkan status berkenaan namun, ia sudah terlambat.

Amy kemudiannya bertindak memuat naik ‘screen captured’ status berkenaan di laman Instagramnya dan menulis kapsyen yang betul-betul menusuk kalbu. Nah, bacalah sendiri..

https://instagram.com/p/3G_I91v-MV/?taken-by=akuamysearch

Bersama bait-bait lirik lagu Meniti Titian Usang, Amy turut menyelitkan nasihat kepada Lukman. Tulisnya,

“Apakah jika lagu-lagu yang ku syairkan itu dapat menggembira hati mereka dan dijadikan sebahagian perjalanan hidup mereka untuk berjaya itu satu dosa?

“Jangan dihina belia-belia itu kerna mereka itu sebahagian dari aku dan aku juga sebahagian dari mereka yang punya cita.

“Tutur kata seorang pakar motivasi itu seharusnya indah lagi mulia.”

Untitled (2)

Semalam, Lukman telah memaklumkan bahawa dia akan bertemu sendiri dengan pelantun lagu Isabella itu untuk memohon maaf.

Namun, berita lanjut berkenaan pertemuan tersebut masih belum dimaklumkan.

Apa-apapun, tindakan Lukman harus dipuji kerana berani mengakui kesilapannya dan diharapkan, dia tidak mengulanginya lagi.

Kalaupun ingin menyatakan pandangan, seharusnya ia tidak mengguris hati mana-mana pihak. Bak kata pepatah, ‘ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak’.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Program Karen Karaoke Bersama Amy Search

Tags: Amy SearchBeliakontroversimotivasiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 turut menerima perhatian beberapa...

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd