• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Ditangkap Miliki Cecair Vape Mengandungi Dadah

oleh Mohd Arshad
12/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Penjawat Awam Ditangkap Miliki Cecair Vape Mengandungi Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN: Tiga orang lelaki termasuk seorang penjawat awam ditangkap polis susulan memiliki cecair (vape) yang mengandungi dadah jenis ketamin di Pasir Besar, di sini, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, lelaki berusia lingkungan 18 hingga 23 tahun itu ditangkap dalam dua serbuan di dua lokasi berbeza oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin.

Menurut beliau, tangkapan pertama kira-kira pukul 7.30 petang di sebuah kedai menjual alat rokok elektronik (vape) di kawasan tersebut membabitkan dua pekerja berusia 18 dan 23 tahun kerana memiliki cecair mengandungi dadah.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai lima botol kecil berwarna hitam yang disyaki mengandungi cecair dadah jenis ketamin anggaran isi padu 50 mililiter (ml).

Kira-kira pukul 8.30 malam, serbuan kedua dilakukan ke sebuah rumah di kawasan Felda Pasir Besar dan telah menahan lelaki berusia lingkungan 30 tahun yang merupakan pemilik kedai tersebut.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai 28 buah botol kecil disyaki cecair dadah jenis ketamin dengan anggaran isi padu 280 ml. Anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM6,800,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Anuwal lagi, hasil siasatan awal mendapati cecair vape tersebut dijual di sekitar pekan Pasir Besar.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua tangkapan akan dituduh di Mahkamah Majistret Tampin esok,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Cecair VapedadahPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd