• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Jamin ‘Pembersihan Total Anasir’ Dalam UMNO – Puad

oleh AK-47
11/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Zahid Jamin ‘Pembersihan Total Anasir’ Dalam UMNO – Puad
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan melakukan pembersihan menyeluruh bagi menghapuskan unsur tidak bertanggungjawab dalam parti, dedah ahli majlis tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini kata Puad kerana golongan terbabit akan merugikan parti.

“Dalam taklimat hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan melakukan pembersihan total supaya Umno bersih daripada anasir baling batu sembunyi tangan.

“Mereka mendatangkan mudarat kepada Umno. Hala tuju baru Umno akan dibentangkan dalam ucapan dasar Presiden Umno Jumaat ini. Justeru pembersihan total Umno amat disokong,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Perhimpunan agung Umno (PAU) akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur antara 11 dan 15 Jan. Parti berasaskan Melayu itu akan mengadakan pemilihan dalaman sebelum 18 Mei, enam bulan dalam PRU15.

Ini PAU pertama Umno sejak Zahid bersetuju bekerjasama dengan bekas musuh politiknya PH, untuk membentuk kerajaan baru selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Keputusan itu mendapat reaksi bercampur-campur dalam Umno, dengan beberapa secara terbuka membantah keputusan yang dibuat oleh presiden mereka. Oleh itu, pemimpin tertentu dijangka cuba mencabar Zahid untuk jawatan presiden.

Mengenai perkembangan lain, Puad berkata tindakan tatatertib mesti diambil terhadap Adun Umno di Sabah kerana tidak mengikut barisan parti.

“Umno masih berdepan dengan Adun tidak berdisiplin. Tidak ikut keputusan parti.

“Mereka mesti dipertanggungjawabkan. Umno tidak boleh dijual beli. Kena tegas,” kata Puad.

Rombakan kabinet Sabah hari ini menunjukkan formula yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim ditolak oleh Ketua Menteri Hajiji Noor, katanya yang juga speaker Johor.

Puad mendakwa formula Anwar supaya kabinet Sabah kekal status quo.

“Nampaknya majlis angkat sumpah kabinet baru Sabah diteruskan pagi ini. Bermakna Hajiji menolak formula kerajaan perpaduan oleh Perdana Menteri.

“Formula perdana menteri ialah status quo dan Hajiji kekal KM tanpa ada rombakan kabinet. Tetapi dengan dua Adun PH menyertai kabinet baru bermakna PM merestuinya.

“Maksudnya wujud kerajaan perpaduan tanpa BN. Bola di kaki perdana menteri. Konsep kerajaan perpaduan tambah unik.

“Tidak timbul Umno kalah dan PH menang. Semoga krisis politik Sabah selesai,” kata Puad lagi.

Jumaat lalu, Pengerusi BN Sabah dan ketua Umno Bung Moktar Radin mengumumkan BN negeri menarik balik sokongannya kepada Hajiji sebagai ketua menteri.

Bagaimanapun, lima Adun BN tidak mengikut keputusan Bung dan berikrar untuk terus menyokong Hajiji.

Antara wakil rakyat BN itu ialah Shahelmey Yahya (BN-Tanjung Keramat) dan James Ratib (BN-Sugut).

Dalam rombakan kabinet hari ini, Shahelmey dinaikkan pangkat menjadii timbalan ketua menteri, menggantikan Bung yang digugurkan. Sementara itu, James juga salah seorang menteri kabinet Sabah yang baru mengangkat sumpah.

-Malaysia Kini

Tags: Ahmad Zahid HamidiPuad ZarkashiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd