• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Teruskan Proses Mahkamah Isu Kewarganegaraan Automatik

oleh Mohd Arshad
09/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Teruskan Proses Mahkamah Isu Kewarganegaraan Automatik
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kerajaan akan meneruskan proses di Mahkamah Persekutuan membabitkan permohonan seorang wanita, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan enam ibu warga tempatan untuk merayu keputusan mahkamah Rayuan berhubung kewarganegaraan automatik kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita Malaysia di luar negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia tidak akan menghalang tekad Kerajaan baharu untuk melihat pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan kewarganegaraan.

Saifuddin berkata, Kerajaan yang dicabar pihak berkenaan, kalah ketika kes itu di Mahkamah Tinggi tetapi menang di Mahkamah Rayuan.

Katanya, Mahkamah Persekutuan juga sudah menetapkan tarikh perbicaraan.

“Soal sekarang sama ada Kerajaan akan tarik, ia proses sedia ada. Kita izinkan ia berjalan dulu.

“Saya fikir tiada kesan dari sudut rancangan kami untuk ke arah isu kewarganegaraan ini,” katanya pada sidang media selepas lawatan rasmi ke Jambatan Pendaftaran Negara, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menubuhkan jawatankuasa khusus untuk mengkaji undang-undang membabitkan isu berkaitan kewarganegaraan.

Ia termasuk perkara membabitkan status anak wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dan lahir di luar negara serta kanak-kanak berstatus tidak sah taraf. Jawatankuasa itu meneliti semua aspek membabitkan kewarganegaraan.

Kertas Jemaah Menteri itu dijangka diangkat ke Kabinet seawal bulan depan.

“Kita sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus untuk perkara membabitkan kewarganegaraan dan jawatankuasa itu meneliti semua aspek perundangan yang berkaitan.

“Sudah tentu fungsi Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), perlu kami libaturus.

“Akhir sekali hasrat kami adalah untuk mengangkat satu Kertas Jemaah Menteri bagi dimuktamadkan pada peringkat Kabinet,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Isu Kewarganegaraan AutomatikKerajaanProses Mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd