• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelindan Lori Meninggal Dunia Treler Terbabas, Terbalik

oleh Mohd Arshad
08/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Kelindan Lori Meninggal Dunia Treler Terbabas, Terbalik
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG : Seorang kelindan lori treler meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong setelah terlibat kemalangan di Kilometer 43 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong dekat Bukit Tinggi di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian pada pukul 4.20 petang semalam, mangsa yang juga warga emas, V. Shunmugam, 69, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah lori treler yang terbabas semasa menuruni bukit.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila lori treler yang dinaiki mangsa bersama pemandu berusia 59 tahun mengalami kegagalan brek semasa menuruni bukit di Bukit Tinggi.

“Kenderaan itu kemudiannya terbabas lalu melanggar penghadang konkrit di selekoh kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, akibat kemalangan tersebut, pemandu treler patah tangan kiri manakala kelindan yang parah di bahagian kepala dan tangan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong.

“Kes kemalangan ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita berharap pemandu kenderaan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian ini supaya tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk membantu siasatan,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: Kelindan Lorimeninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd