• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Jemput NGO Kongsi Data Mengenai Keciciran Pelajar

oleh Mohd Arshad
08/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPM Jemput NGO Kongsi Data Mengenai Keciciran Pelajar
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL : Kementerian Pendidikan (KPM) menjemput mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang membuat kajian berhubung isu keciciran pelajar untuk mengadakan perbincangan seterusnya dalam merangka langkah lebih efektif menyelesaikan isu itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya mendapatkan pandangan dari semua pihak termasuk NGO yang membuat kajian berhubung isu keciciran pelajar itu.

Katanya, KPM memandang serius isu keciciran pelajar yang juga adalah sau daripada tujuh teras utama kementerian.

“Kita memang dapatkan maklum balas dari semua pihak yang buat kajian tentang isu keciciran ini dan jika ada NGO yang dakwa (berlaku keciciran pelajar di kawasan mereka), kita mohon datang kepada KPM bersama data (hasil kajian).

“Jadi kita boleh buat intervensi (langkah) bersama dan pada masa sama boleh lihat sama ada program yang dilakukan KPM (atasi keciciran pelajar) efektif atau tidak dalam menangani isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kajian sebuah NGO yang mendakwa hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan negara.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada sidang media berhubung program Pasar Percuma Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi di Gelanggang Bola Keranjang Bukit Panchor, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, kementerian sememangnya mempunyai langkah untuk menangani isu keciciran pelajar dan kini dalam proses mendapatkan input berkaitan daripada pelbagai pihak.

“Dari segi jumlah sebenar pelajar yang tercicir kita belum ada data itu yang mana kita masih lagi dalam proses untuk mendapatkan input.

“Oleh itu, kita jemput NGO yang melakukan kajian ini untuk berbincang bagi mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir menyarankan KPM merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.

Ini kerana katanya, kajian di lapangan mendapati hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan dan ia realiti yang amat membimbangkan.

-Berita Harian

Tags: keciciran pelajarKPMNGO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melahirkan rasa kesal apabila kes melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd