• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berkenan Lawat Kampung Orang Asli Kuala Boh

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Agong Berkenan Lawat Kampung Orang Asli Kuala Boh
Share on FacebookShare on Twitter

Cameron Highlands : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Kampung Orang Asli Kuala Boh di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketibaan Al-Sultan Abdullah pada kira-kira 10.40 pagi disambut penduduk kampung berkenaan dengan persembahan tarian sewang.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Md Nor dan barisan exco kerajaan negeri Pahang.

Baginda kemudian berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada 128 ketua keluarga dan kira-kira 200 kanak-kanak di perkampungan itu.

Ketika beramah mesra bersama penduduk, Al-Sultan Abdullah bertitah kerajaan negeri diminta menyediakan rumah kos rendah dan kemudahan Internet bagi kegunaan penduduk Orang Asli di penempatan tersebut.

“Wakil rakyat akan cuba mendapatkan peruntukan,” titah baginda sambil turut mengingatkan penduduk supaya menjaga kesihatan mereka dan keluarga masing-masing.

Baginda turut mencemar duli bersantap di Kedai Kari Kepala Ikan Sahak, Ringlet dan mengadakan lawatan ke sekitar pasar Kea Farm sebelum dijadual berangkat pulang pada pagi esok.

-Harian Metro

Tags: AgongKampung Orang Asli Kuala Boh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, Pesara Sempena Hari ATM Ke-93

Agong Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, Pesara Sempena Hari ATM Ke-93

16/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas khidmat...

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd