• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tak Restu, Tak Terima Perkahwinan Syamsul Yusof

oleh Mohd Arshad
06/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Ibu Tak Restu, Tak Terima Perkahwinan Syamsul Yusof
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: “Syamsul, jangan jadi munafik!” Itu reaksi ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail susulan pendedahan anaknya yang mengesahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Patimah ketika dihubungi berkata, dia mengetahui semua masalah dan konflik dalaman rumah tangga yang ditimbulkan anaknya sebelum semuanya tular di media sosial.

Menurutnya, dia juga tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua anaknya itu.

“Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul). Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul.

“Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Patimah mendedahkan pengarah filem Munafik itu menafikan menjalin hubungan dan sudah berkahwin dengan Ira.

“Sebelum ini, tak mengaku. Dia bermati-matian cakap dia tak kahwin. Orang buat fitnah katanya dan mahu saman orang yang buat cerita.

“Namun, hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu,” katanya.

Terdahulu, Patimah menerusi Instagram meluahkan perasaan memohon Allah memberikan yang terbaik terhadap dua cucunya yang juga anak Syamsul.

“Semoga Allah gantikan ‘Ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya,” tulisnya.

Perkongsian ini menerima reaksi simpati dari pengikut agar doanya ini dimakbulkan.

Tidak kurang, ada yang mengucapkan terima kasih terhadapnya kerana menjadi mentua yang baik terhadap menantunya, Puteri Sarah Liyana.

BHonline-

Tags: Datin Patimah IsmailkahwinSyamsul Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

Peguam Puteri Sarah Dakwa JKP Sudah Ikut Prosedur

Peguam Puteri Sarah Dakwa JKP Sudah Ikut Prosedur

18/04/2023
0

Kuala Lumpur : Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pendamai (JKP) sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd