• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pinggang Bengkak, Orang Asli Naik Helikopter Ke Hospital

oleh Mohd Arshad
06/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pinggang Bengkak, Orang Asli Naik Helikopter Ke Hospital
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG : Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang wanita Orang Asli yang mengalami bengkak di bahagian pinggang untuk dihantar ke Hospital Gua Musang di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, seramai tiga orang kru penerbangan berlepas dari pangkalan udara kira-kira pukul 10.30 pagi untuk membawa Imping Asot, 30, dari Kampung Sau, Pos Bihai yang tidak boleh berjalan sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, penerbangan menggunakan helikopter Agusta A109 E selamat mendarat di Kampung Sau pada pukul 11.45 pagi.

“Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah membuat permohonan susulan jalan perhubungan darat ke kampung mereka rosak teruk,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Hasrizal memberitahu, helikopter mendarat dengan selamat di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 12.20 tengah hari sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang menggunakan ambulans.

Katanya, penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) itu diketuai oleh juruterbang, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Faizal Abd. Latif dan Penolong Penguasa Bomba, Amir Fitri Salim.

-Utusan Online

Tags: helikopterhospitalOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd