• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ruang Kosong 10m Antara Tembok Sempadan Punca Bolos?

oleh
28/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR (Thailand) – Bicha Ponboon, seorang lelaki Thailand dalam lingkungan usia 30-an berbangga apabila alamat rumahnya ada ditulis Wall Street, daerah bursa terbesar dunia di New York, Amerika Syarikat (AS).

Namun, jangan terkejut, dia bukanlah broker saham sebaliknya hanyalah peniaga yang berjual beli pelbagai komoditi selain perkhidmatan serta menetap di sebelah tembok batu tanda rasmi sempadan Malaysia-Thailand.

Tidak seperti glamor Wall Street di New York, kehidupan di Wall Street, Padang Besar dibayangi tembok konkrit setinggi 2.4 meter dan sepanjang 21 kilometer di sepanjang hutan Perlis-Satun/Songkhla sehingga ke Laut Andaman.

Ironi, Bicha menjadikan struktur binaan itu sebagai penyokong untuk bumbung rumahnya, tempat dia berkongsi teduh dengan kakak dan dua anak saudaranya sambil set televisyen dipasang di dinding tembok yang kukuh itu.

Di kawasan sempadan itu, ramai peniaga Thailand mendirikan kasino terbuka yang menawarkan pelbagai pakej perjudian menarik tanpa permit sah dan tentunya bebas daripada gangguan pihak berkuasa negaranya sendiri.

Dianggarkan terdapat berdozen-dozen premis karaoke, bar, kafeteria, rumah urut bahkan pusat pelacuran terbuka yang beroperasi sepanjang sempadan itu sekali gus menghidupkan suasana Wall Street dengan kegiatan ekonomi.

Itulah cerita rahsia di sebalik tembok sempadan Malaysia-Thailand yang mungkin dianggap sunyi namun tiada siapa tahu, keadaannya bukanlah seperti tembok Berlin di Jerman atau tembok di Tebing Barat dengan Israel.

Sesuatu yang kurang diketahui, tembok kedua-dua negara itu dibina melibatkan dua barisan dinding selari dengan membiarkan ada ruang kosong selebar 10 meter antara garisan rasmi politik antarabangsa Malaysia-Thailand.

Disebut juga sebagai ‘no-man-land‘ atau wilayah tanpa manusia, ia menjadi tempat popular dalam kalangan sindiket penyeludup barangan dan pemerdagangan manusia meskipun dikawal ketat pihak berkuasa Malaysia.

 

Malangnya perkara itu tidak berlaku di negara jirannya! Pendedahan Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Poompanmoung membongkar lebih 50 pegawai polis tempatan adalah dalang aktiviti jenayah rentas sempadan.

Ia susulan penemuan lebih 30 mayat dan kem-kem pendatang asing tanpa izin dari Bangladesh selain pelarian Rohingya dari Myanmar yang dalam transit perjalanan menuju ke Malaysia di Padang Besar, Songkhla.

Pembongkaran awal bulan ini kemudian disusuli awal minggu ini apabila Polis Diraja Malaysia mengesahkan penemuan 28 kem dan ratusan kubur sama sepanjang 50 kilometer di Perlis dekat sempadan dua negara itu.

Hakikatnya seperti ditegaskan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur, faktor manusia menjadi punca berlaku kegiatan pemerdagangan pendatang dan pelarian berkenaan.

Beliau menjelaskan, siasatan awal menunjukkan ada segelintir penguat kuasa beberapa agensi kerajaan sanggup menjadi ‘tali barut’ kepada sindiket Thailand sehingga menyebabkan sempadan negara itu mudah diceroboh.

Malaysia yang berkongsi sempadan 515 kilometer dengan Thailand pernah merancang membina tembok yang lebih sukar dibolosi bukan sahaja bagi mengekang aktiviti penyeludupan, bahkan pergerakan militan asing.

Malangnya, usaha itu dikhianati oleh petugas sempadan sendiri yang sanggup menggadaikan ‘maruah’ demi mengejar habuan material tanpa menghiraukan kesan buruk akibat sabotaj mereka itu. – Agensi/MYNEWSHUB/H.A.AMREE

Tags: antarabangsaruangsempadantembok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Tokoh Lain Mempunyai Pengaruh Setanding PMX Anwar Di Peringkat Antarabangsa

Tiada Tokoh Lain Mempunyai Pengaruh Setanding PMX Anwar Di Peringkat Antarabangsa

18/06/2026
0

SEREMBAN - "Jika bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri, siapakah tokoh lain mempunyai pengaruh dan pengiktirafan yang...

Anwar Tonton Konsert ‘Winds of Glory’, Puji Kerjasama SPWinds Bersama Amir Masdi

Anwar Tonton Konsert ‘Winds of Glory’, Puji Kerjasama SPWinds Bersama Amir Masdi

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kejayaan kumpulan orkestra Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) meraih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd