• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Bentang Belanjawan 2023 Pada 24 Februari – Speaker

oleh AK-47
29/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
PM Bentang Belanjawan 2023 Pada 24 Februari – Speaker
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari pada Sidang Pertama Parlimen ke-15, tahun depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mengesahkan perkara itu kepada Bernama, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memaklumkan belanjawan itu akan dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada sidang Dewan Rakyat bermula pada 13 Februari.

“Ya benar, Bajet 2023 akan dibentang pada 24 Februari depan…secara keseluruhan, proses pembentangan bajet dan perbahasan termasuk urusan jawatankuasa serta dasar akan mengambil masa 21 hari.

“Notis Mesyuarat Pertama akan dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin untuk edaran kepada Ahli-Ahli Parlimen kelak,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Johari berkata, persidangan Dewan Rakyat dijadualkan bermula pada 13 Februari dengan istiadat pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong dan persidangan itu berlangsung selama 29 hari turut melibatkan urusan-urusan kerajaan yang lain.

Johari berkata, sidang Parlimen selama dua hari pada 19 dan 20 November lepas masing-masing bagi melaksanakan undi percaya terhadap Anwar bagi mengesahkan keabsahannya sebagai Perdana Menteri selain pembentangan peruntukan khas atau Bajet Mini.

Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan peruntukan khas itu bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650 merangkumi bayaran gaji kepada penjawat awam, utiliti, biasiswa, bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

Sebelum ini, Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 7 Oktober lepas sebelum Dewan Rakyat dibubarkan 10 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.

-Sinar Harian

Tags: Belanjawan 2023pmSpeaker
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd