• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Hantar 21 Tan Bekalan Makanan Ke Kampung Orang Asli

oleh Mohd Arshad
27/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
JBPM Hantar 21 Tan Bekalan Makanan Ke Kampung Orang Asli
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi unit udaranya semalam, selamat menghantar 21 tan bekalan makanan di enam buah pos penempatan Orang Asli di sini yang terputus hubungan dengan masyarakat luar akibat musim tengkujuh sejak seminggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Roslina Bun berkata, perkhidmatan udara itu terpaksa digunakan berikutan jalan darat untuk masuk kawasan tersebut tidak boleh dilalui disebabkan kejadian tanah runtuh dan jambatan runtuh.

Menurutnya, bekalan makanan seperti beras, makanan tin dan barangan makanan lain itu melibatkan 1,400 Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli termasuk di Pos Gob, Pos Simpor, Pos Balar, Pos Belatim dan Pos Bihai.

“Pihak jakoa mengambil inisiatif untuk menghantar bakul makanan ke pos Orang Asli yang terlibat termasuklah ke pos penempatan paling jauh iaitu Pos Gob apabila sebuah jambatan kayu menghubungkan kampung ini telah runtuh.

“Kita berharap keadaan cuaca bertambah baik dan bantuan makanan yang kita hantar ini diharapkan dapat meringankan beban masyarakat Orang Asli yang tidak dapat keluar ke bandar Gua Musang,” katanya.

Sementara itu, juruterbang Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Azuna Mohamed Sabri memberitahu, penerbangan itu melibatkan seramai sembilan orang anggota.

Katanya, operasi menghantar bekalan makanan ke perkampungan Orang Asli yang bermula semalam itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima hari untuk diselesaikan.

“Sepatutnya kita bermula semalam (kelmarin) tetapi disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kita terpaksa melakukan operasi penerbangan hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff turut serta ke kampung berkenaan untuk mengagihkan bekalan makanan kepada Orang Asli di Kampung Gawin dan Pos Gob.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Unit Udara JBPM dan Jakoa yang melaksanakan misi menghantar bantuan makanan bagi membantu Orang Asli yang terputus jalan perhubungan.

-Utusan Online

Tags: bekalan makananJBPMKampung Orang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Uzbekistan Boleh Tumpu Bidang Berkait Kepentingan Umat Islam

Negara Perlu 84 Balai Bomba Baharu

19/05/2024
0

Melaka: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)...

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

09/04/2024
0

IPOH : Operasi memadamkan kebakaran di kawasan hutan bukit seluas 10 hektar berhampiran Pos Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dekat Gerik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd