• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tikus Jamah Ayam Goreng, Lesen Restoran Dibatalkan Serta-Merta

oleh AK-47
26/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tikus Jamah Ayam Goreng, Lesen Restoran Dibatalkan Serta-Merta
Share on FacebookShare on Twitter

Ampang Jaya : Restoran di Pandan Indah, di sini, dikenakan tindakan pembatalan lesen serta-merta susulan seekor tikus ditemui menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di premis berkenaan yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) yang berkuat kuasa serta-merta akan dikeluarkan ke atas premis itu.

Katanya, ia selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang sudah mengeluarkan Notis Perintah Tutup ke atas premis berkenaan, semalam.

“Tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dijalankan sekiranya premis masih beroperasi selepas NPPL dikeluarkan.

“Permohonan lesen baru hanya akan dipertimbangkan sekiranya semua syarat terutamanya berkaitan kebersihan dipatuhi sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Fauzi berkata, pemeriksaan kebersihan premis makanan dari segi kawasan penyajian dan penyediaan makanan serta kawalan serangga perosak juga dijalankan secara berkala oleh MPAJ.

“Berdasarkan rekod pemeriksaan lalu, penarafan kebersihan premis itu adalah pada Gred B bagi Jun 2021 dan terbaru adalah pada Januari lalu.

“MPAJ sentiasa memantau kawalan kebersihan setiap premis makanan bagi memastikan semua syarat dan peraturan MPAJ sentiasa dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 1,057 premis makanan diperiksa dengan 259 kompaun dikeluarkan pihaknya di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 9(f) Pengendalian Makanan MPAJ 2007 dan UUK 19(1) (d) Establisymen Makanan MPAJ 2007 bagi tempoh sehingga 30 November lalu.

“MPAJ mengambil berat mengenai isu ini dan tindakan akan diambil ke atas mana-mana premis makanan yang mengambil mudah berkaitan aspek kebersihan.

“Orang ramai juga boleh melaporkan aduan berkenaan kebersihan premis di kawasan MPAJ melalui http://aduan.mpaj.gov.my,” katanya.

Semalam, KKM dalam kenyataan memaklumkan tindakan penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan arahan penutupan selama 14 hari dikeluarkan terhadap premis berkenaan.

Ia susulan pemeriksaan dilakukan pasukan penguat kuasa kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat melakukan pemeriksaan di premis itu pada Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati tahap kebersihan makanan premis itu tidak memuaskan.

Katanya, enam notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat.

Terdahulu, satu video berdurasi 17 saat menunjukkan seekor tikus menjamah ayam goreng di premis berkenaan tular di media sosial selepas dimuat naik di Twitter sejak Jumaat lalu.

-Harian Metro

Tags: Lesen Restorantikus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Tikus ‘Jamah’ Ayam Goreng, Restoran Diarah Tutup

Video Tular Tikus ‘Jamah’ Ayam Goreng, Restoran Diarah Tutup

25/12/2022
1

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur, ditutup 14 hari selepas tular video menunjukkan...

Tikus Jilat Ayam Goreng, KKM Minta Maklumat

Tikus Jilat Ayam Goreng, KKM Minta Maklumat

23/12/2022
0

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berkenaan video menjijikkan menunjukkan seekor tikus yang sedang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd