• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib Kakitangan MAS Dapat Perhatian Anggota Parlimen

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nasib kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor akan diberhentikan mendapat perhatian anggota Parlimen yang menuntut kepentingan pekerja terbabit diutamakan dalam menyelesaikan isu itu.

Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berkata pekerja terlibat perlu dibantu memandangkan mereka mempunyai keluarga dan komitmen hutang.

“Puasa juga sudah dekat, hari raya Aidilfitri tidak lama lagi, jadi bagaimana nasib mereka ini jika tidak dibantu,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Justeru, beliau mencadangkan agar pihak pengurusan memberikan pampasan sewajarnya jika terpaksa membuang pekerja berkenaan dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan nasional itu.

Katanya, ia bagi membolehkan pekerja terlibat menyelesaikan komitmen mereka selain membantu memulakan hidup baru.

Johari turut mencadangkan pekerja-pekerja yang mempunyai komitmen pinjaman seperti MARA dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberikan pengecualian bayaran sementara mendapat pekerjaan baharu.

“Saya juga mencadangkan agar kakitangan yang terlibat dibenar mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan lebih awal bagi memulakan perniagaan atau membayar hutang sedia ada,” katanya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan MAS bersedia membuang sekurang-kurangnya satu pertiga daripada pekerjanya sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Menyentuh isu sama, Hasbi Habibollah (BN-Limbang) pula memohon kerajaan memberikan tawaran terbaik sebagai jaminan masa depan kepada kakitangan terlibat.

“Kalau nak buat sesuatu pembaikan atau menyelesaikan masalah dalam memajukan ikon kebangsaan ini, diharap kerajaan bagi tawaran terbaik kepada pekerja MAS,” katanya.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) pula berpendapat pelan pemulihan semula MAS seharusnya bermula daripada pengurangan perbelanjaan di peringkat pengurusan dan bukannya dengan mengurangkan jumlah pekerja.

“Potong elaun-elaun yang memewahkan pihak pengurusan, vendor serta food and beverage perlu dilihat semula,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Ahli ParlimenMAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd