• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Juhar Mahiruddin Dilantik Semula Yang Dipertua Negeri Sabah

oleh Mohd Arshad
23/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tun Juhar Mahiruddin Dilantik Semula Yang Dipertua Negeri Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Pelantikan semula Tun Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah menamatkan spekulasi bahawa terdapat tiga nama lain bakal dilantik untuk jawatan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tun Juhar menerima Surat Cara Pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Istiadat pengurniaan turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, dua bekas Ketua Menteri Sabah iaitu Tan Sri Musa Aman dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia disebut antara tiga nama disebut-sebut dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah.

Pelantikan Tun Juhar, 65, sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah untuk penggal keempat sekaligus menyaksikan beliau memegang jawatan berkenaan selama lebih 10 tahun sejak dilantik pada 1 Januari 2011.

Beliau sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Wolverhampton Polytechnic, England pernah menyandang jawatan selaku Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sejak 2002 hingga 2010 dan juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dari 1990 hingga 1999.

DUN Sabah sebelum ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah bagi menghapuskan tempoh perkhidmatan Yang Dipertua Negeri Sabah yang selama ini dihadkan kepada dua penggal.

Menurut perlembagaan Sabah, pelantikan Yang Dipertua Negeri adalah selama empat tahun akan tetapi boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian termasuk boleh disingkirkan dengan majoriti dua pertiga DUN dan dipersetujui oleh Yang Dipertuan Agong.

Pada 2018, Musa Aman pernah memfailkan saman terhadap Tun Juhar dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ketika itu bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukan undang-undang.

UtusanOnline-

Tags: DilantikTun Juhar MahiruddinYang Dipertua Negeri Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johari Abdul Yang Dipertua Dewan Rakyat Baharu

Johari Abdul Yang Dipertua Dewan Rakyat Baharu

19/12/2022
1

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul diangkat menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu....

Wan Rosdy Dilantik Menteri Besar Pahang

Wan Rosdy Dilantik Menteri Besar Pahang

27/11/2022
0

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd