• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemeriksaan Terhadap Kumpulan Penyanyi Wanita Dibuat Polis Berpakaian Preman

oleh Mohd Arshad
23/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Pemeriksaan Terhadap Kumpulan Penyanyi Wanita Dibuat Polis Berpakaian Preman
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Polis bersedia menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku anggotanya ketika membuat pemeriksaan terhadap empat wanita yang juga sebuah kumpulan nyanyian tempatan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, anggota berkenaan dikatakan melakukan pemantauan Op Pusat Hiburan dan Rondaan Cegah Jenayah di sekitar Puchong Jaya sebelum mendapati empat wanita dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, tiga lelaki yang tular membuat pemeriksaan terhadap empat ahli kumpulan nyanyian berkenaan adalah anggota polis berpakaian preman.

Kata beliau, tiga anggota berkenaan adalah dari Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

“Setakat ini tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak berhubung kejadian berkenaan.

“Seandainya terdapat salah laku semasa menjalankan tugas itu selebriti berkenaan boleh tampil membuat laporan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kejadian berkenaan telah dimuat naik menerusi Twitter rasmi kumpulan berkenaan mendakwa sewaktu kejadian mereka yang baru selesai latihan dan sedang menunggu kenderaan untuk pulang sebelum dihampiri tiga lelaki tidak dikenali.

Menurut ciapan yang dimuat naik pada Selasa lalu, kumpulan berkenaan mendakwa tiga lelaki berkenaan yang berpakaian preman telah meminta mereka menunjukkan kad pengenalan tanpa memperkenal diri dengan cara yang betul.

Kumpulan itu turut mendakwa bahawa apabila mereka mempersoalkan tindakan pemeriksaan berkenaan tiga lelaki terbabit memberi jawapan dengan cara yang kasar membuatkan mereka rasa takut.

Anbalagan berkata, tiga anggota berkenaan telah memperkenal diri dan menunjukkan kad kuasa polis dan meminta kad pengenalan empat wanita berkenaan untuk membuat semakan rekod jenayah melalui sistem MCAD.

“Setelah selesai pemeriksaan kesemua wanita berkenaan dibenarkan beredar dari lokasi pemeriksaan setelah tidak menemukan sebarang kesalahan dilakukan,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau menegaskan, pemeriksaan ke atas individu mencurigakan adalah sebahagian tugas utama pihak polis bagi memastikan keamanan awam terjamin terutama pada waktu malam.

“Pemeriksaan berkenaan tertakluk di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 dan Peraturan 7(1) Peraturan Pendaftaran Negara 1990,” ujar beliau.

-Utusan Online

Tags: Kumpulan Penyanyi WanitapemeriksaanpolisPreman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd