• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taliban Larang Wanita Teruskan Pendidikan Di Universiti

oleh Mohd Arshad
21/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Taliban Larang Wanita Teruskan Pendidikan Di Universiti
Share on FacebookShare on Twitter

KABUL: Taliban semalam melarang pelajar perempuan daripada meneruskan pendidikan universiti, berkuat kuasa serta-merta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berdasarkan surat dikongsikan oleh jurucakap Kementerian Pengajian Tinggi, Ziaullah Hashmi, universiti swasta dan awam perlu melaksanakan larangan itu secepat mungkin serta memaklumkan kepada kementerian sebaik larangan itu dilaksanakan.

Hashmi menghantar Tweet surat itu dan mengesahkan kandungannya dalam mesej kepada AP tanpa memberikan butiran lanjut.

Larangan universiti itu dibuat beberapa minggu selepas gadis Afghanistan mengambil peperiksaan tamat pengajian tinggi mereka, walaupun mereka sebelum ini diharamkan dari bilik darjah sejak Taliban mengambil alih negara tahun lalu.

Meskipun sebelum ini berjanji untuk lebih sederhana dengan menghormati hak wanita dan minoriti, Taliban bagaimanapun terus melaksanakan tafsiran tegar ajaran Islam mengikut undang-undang Syariah.

Mereka turut mengharamkan kanak-kanak perempuan dari sekolah rendah dan sekolah menengah, menyekat wanita daripada kebanyakan pekerjaan serta mengarahkan mereka memakai pakaian yang menutup dari kepala hingga ke kaki di khalayak ramai.

Wanita juga dilarang mengunjungi taman permainan dan gimnasium.

Taliban digulingkan pada 2001 oleh pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) kerana melindungi pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, dan kembali berkuasa selepas AS berundur dari negara yang huru-hara itu tahun lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mengecam keputusan itu dan menyifatkannya sebagai satu lagi ‘janji palsu’ Taliban dan ia satu ‘langkah yang ‘sangat membimbangkan’.

“Sukar untuk membayangkan bagaimana sesebuah negara boleh membangun, boleh menangani semua cabaran yang dihadapinya, tanpa penyertaan aktif wanita dan pendidikan,” kata Guterres.

BHonline-

Tags: AfghanistantalibanUniversiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah “Samurai Yang Hilang Arah”, Temui Makna Di Medan Perang Afghanistan

Kisah “Samurai Yang Hilang Arah”, Temui Makna Di Medan Perang Afghanistan

28/04/2026
0

DALAM dunia moden yang dipenuhi rutin pejabat, tekanan hidup dan norma sosial yang menuntut keseragaman, kisah seorang lelaki Jepun ini...

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan kekesalan terhadap satu kejadian yang didakwa berlaku di sebuah universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd