• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EXCO Tak Tahu Di Mana MB Berada

oleh Mohd Arshad
21/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
EXCO Tak Tahu Di Mana MB Berada
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seorang EXCO Terengganu hari ini memaklumkan beliau tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia susulan perkongsian banyak netizen di media sosial yang membangkitkan persoalan mengenai keberadaan Ahmad Samsuri ketika ini, terutama selepas negeri pimpinannya kini dilanda banjir buruk.

EXCO Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah, sebaliknya memaklumkan Menteri Besar sudah pun turun lebih awal untuk membantu menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir.

“Tiada maklumat (Menteri Besar berada), masing-masing sibuk bertugas. Menteri Besar turun bersama di PPS (pusat pemindahan sementara) Rhu Rendang dan Atas Tol. (Turun) lebih awal. Boleh buka FB (Facebook) beliau.

“Tidak timbul isu Menteri Besar tak turun padang membantu sebab dari awal Menteri Besar turun dan susun setiap perancangan hadapi banjir,” katanya seperti dipetik menerusi laporan disiarkan FMT hari ini.

Beberapa media mendakwa Ahmad Samsuri dilaporkan berada di di Auckland, New Zealand ketika ini.

Berdasarkan maklumat dikongsi menerusi laman webhttps://portalbencana.nadma.gov.my/ms/ setakat jam 2 petang ini, seramai 40,453 mangsa banjir dipindahkan di Terengganu iaitu mewakili 11,101 keluarga yang terjejas dengan bah itu.

Daerah Kemaman merekodkan jumlah tertinggi mangsa dipindahkan iaitu 9,195 orang mewakili 2,452 keluarga, diikuti Besut dengan 7,864 mangsa mewakili 2,008 keluarga, sementara Hulu Terengganu pula, 6,063 mangsa mewakili 2,024 keluarga, Dungun (4,930 mewakili 1,332 keluarga) serta Setiu dengan 4,52 mangsa mewakili 1,246 keluarga.

Bagi daerah lain iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu serta Marang, mangsa dipindahkan masing-masing merekodkan angka di bawah 4,000 orang.

-Berita Harian

Tags: BanjirExcomangsa banjirmb
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hadir menyaksikan Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd