• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Tidak Konsisten, Pentingkan Sentimen – TPM Zahid

oleh Mohd Arshad
20/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
1
Pembangkang Tidak Konsisten, Pentingkan Sentimen – TPM Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tindakan sesetengah pihak menggugat kestabilan politik hanya akan merugikan negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri menegaskan Malaysia tidak boleh terus membiarkan negara dilanda ombak ketidakstabilan politik.

Malah, katanya, agensi penarafan kredit fitch solutions yang menurunkan taraf kredit kredit Malaysia daripada A- kepada BBB+ pada tahun 2020 secara khusus menyatakan ketidakstabilan politik sebagai sebab penting penurunan taraf berkenaan.

“Nilai Ringgit semakin mengukuh setelah kerajaan baharu dibentuk memberi gambaran jelas betapa kestabilan politik adalah perkara paling asas dalam membina ekonomi yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Kerajaan Perpaduan mempunyai agenda ekonomi yang lebih jelas serta isu rakyat sentiasa mendapat tempat dan kedudukan.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan keperluan untuk mengadakan undi percaya atau mempersendakannya sebagai gimik politik dilihat sebagai bertentangan dengan lunas demokrasi Malaysia.

Perbuatan itu, katanya, turut mencerminkan keangkuhan dan sikap pembangkang yang tidak konsisten.

Beliau berkata, perbalahan di Dewan Rakyat semalam amat merugikan apabila perkara yang tidak memberi manfaat secara langsung terhadap permasalahan paling mendesak rakyat dibangkit Dewan.

“Sikap pembangkang ini amat memalukan pengundi mereka sendiri kerana menunjukkan ketidakmatangan.

“Hingar-bingar ini dipersembahkan kepada rakyat yang mahukan kematangan politik dan bukan masih bermain dengan retorik dan sentimen,” katanya.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berpendapat pihak pembangkang tidak berani mengusulkan undi belah bahagi kerana perkara itu akan memalukan lagi pembangkang yang mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.

Zahid berharap mutu perbahasan pada sidang Dewan akan datang lebih berwibawa dan berkualiti tinggi daripada kedua-dua pihak.

Katanya, kejadian yang berlaku di dewan rakyat semalam turut mencerminkan sikap pembangkang yang mengutamakan sentimen politik daripada membincangkan masalah dihadapi rakyat seperti banjir dan tragedi tanah runtuh yang meragut puluhan nyawa.

“Malah, hal gosip liar tak ada `credential’ dari luar negara diangkat berbanding daripada memastikan terdapat perlindungan terbaik dari segi nyawa, harta dan emosi mereka,” katanya.

Zahid berharap pihak pembangkang selepas ini boleh membentuk Kabinet bayangannya dan benar-benar berfungsi sebagai pembangkang yang berkesan.

Katanya, ini kerana negara bakal berdepan cabaran lebih getir tahun hadapan yang memerlukan perhatian semua pihak, khususnya pemimpin negara.

“Pertama, inflasi keseluruhan dijangka kekal tinggi pada 2.8 hingga 3.3 peratus (Sumber: Bank Negara Malaysia) menjelang tahun 2023, disebabkan tekanan permintaan dan kos serta perkembangan harga komoditi global akibat konflik ketenteraan di Ukraine dan gangguan berkaitan bekalan yang berlarutan. Kadar inflasi tinggi ini akan terus menjejaskan kuasa beli dan simpanan rakyat,” katanya.

Selain itu, Zahid berkata, prospek perniagaan sektor industri berubah pesimis untuk Suku Tahun Keempat Tahun 2022 sehingga Suku Tahun Pertama Tahun 2023, dengan imbangan bersih -7.9 peratus.

“Prospek negatif ini menjunam daripada +14.5 peratus untuk enam bulan lalu (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia).

“Pada masa sama, sentimen dalam sektor Pembinaan kekal negatif bagi Oktober 2022 hingga Mac 2023 dengan imbangan bersih -20.7 peratus berbanding -10.3 peratus 6 bulan lepas,” katanya.

Katanya, pertumbuhan tiga gergasi ekonomi dunia pada tahun 2023 yang kekal statik, iaitu Amerika Syarikat pada 1.0%, China pada 4.4% dan Persekutuan Eropah pada 0.5%. (Sumber: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut akan memberi kesan meluas terhadap sektor perdagangan dan kewangan di seluruh Asia, terutama Malaysia sebagai ekonomi terbuka.

Zahid berkata, sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab dan penuh amanah, ahli dewan rakyat perlu kembali membahaskan strategi pertumbuhan yang mapan dan mencari penyelesaian terbaik demi rakyat Malaysia.

“Pembangkang perlu kesedaran mengenai isu pemulihan ekonomi dan pembangunan dan bukannya sekadar bernada sarkastik, picisan, retorikal dan memainkan sentimen bagi berdepan dengan data dan hujah pihak Kerajaan Perpaduan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidipembangkangSentimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd