• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat, Parit Tak Terurus Antara Punca Banjir Di Kelantan

oleh Mohd Arshad
19/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hujan Lebat, Parit Tak Terurus Antara Punca Banjir Di Kelantan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Perparitan kurang terurus dan hujan lebat berterusan dalam tempoh singkat menyebabkan banjir di beberapa daerah di negeri ini, termasuk kawasan yang tidak pernah bah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata banjir tahun ini agak luar biasa.

“Banjir kali ini agak luar biasa mungkin kerana hujan yang lebat dan dalam tempoh yang sekejap. Saya tanya mangsa ada kawasan yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air, contohnya di Taman Kemahiran, Panji.

“Sebelum ini, penduduk kawasan itu tidak sampai berpindah. Kali ini mereka kena pindah, bagi kita itu luar biasa. Alhamdulillah, semua selamat setakat ini.

“Kedua, isu perparitan kerana ada sesetengah kawasan, parit dah ada tetapi ia tidak dijaga dengan baik. Kadang-kadang penduduk sendiri membuang sampah dan ada yang sambung rumah menyebabkan parit tertutup. Sesetengah kawasan memang tidak cukup perparitan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenal pasti kawasan seluruh Kelantan yang perlu diutamakan projek mengurangkan kesan banjir.

“Sebenarnya untuk mengatasi banjir kilat ini kerajaan negeri sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang kita kata ‘hotspot’ (banjir). Contohnya di Panji dan Kota Jembal.

“Kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan untuk menyediakan parit, saliran dan longkang di beberapa kawasan tertentu.

“Cuma projek itu belum lagi dimulakan dan mungkin tahun depan baru mula sebab ini dah hujung tahun. Biasa hujung tahun, tidak ada kontrak dan sebagainya dibuat,” katanya.

BHonline-

Tags: Banjirhujan lebatKelantan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd