• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SU Agung MIC Persoal Ketelusan, Gesa MOU Dibatalkan

oleh AK-47
18/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
SU Agung MIC Persoal Ketelusan, Gesa MOU Dibatalkan
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli Dewan Tertinggi BN) RT Rajasekaran menyuarakan bantahannya terhadap perjanjian persefahaman (MOU) kerjasama yang dimeterai antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pemimpin parti kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bantahan itu disuarakan sehari sebelum usul undi percaya terhadap Anwar dibawa ke Dewan Rakyat, esok.

Rajasekaran yang juga setiausaha agung MIC mempersoalkan ketelusan dalam usaha mencapai persefahaman itu, dan menggesa ia dibatalkan.

“Saya percaya MOU itu tidak menjadikan ahli parlimen terikat dan maka perlu diketepikan. Ia sesuatu yang memalukan buat Parlimen yang diundi secara demokratik dan akan memalukan Malaysia di mata dunia jika ia dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rajasekaran menegaskan dia membuat kenyataan ini atas kapasiti peribadi dan sebagai ahli Dewan Tertinggi BN.

MOU tersebut ditandatangani Anwar yang mewakili PH, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak Abang Johari Openg, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan Presiden Warisan Shafie Apdal.

Antara yang menjadi pertikaian adalah Perkara 4 MOU tersebut, yang menyatakan ahli parlimen yang tidak menyokong Anwar dalam mana-mana usul kepercayaan atau rang undang-undang bekalan atau mana-mana usul berkaitan kepercayaan kerajaan PH-BN akan dikira meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen.

Ekoran itu, kerusi tersebut akan dikosongkan menurut Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan dan parti yang dianggotai ahli parlimen tersebut perlu memaklumkan kekosongan itu kepada speaker Dewan Rakyat, agar notis dapat diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan PRK.

Rajasekaran membangkitkan mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada 22 November lalu yang memutuskan untuk tidak menyokong PH dan PN, sebaliknya menjadi pembangkang di Parlimen.

“Perlu dinyatakan bahawa sejak 22 November sehingga hari ini, tiada mesyuarat Dewan Tertinggi BN dipanggil. Maka, terma dalam MOU tidak pernah dibincang atau dipersetujui oleh Dewan Tertinggi BN.

“Ia turut terpakai terhadap akuan berkanun (SD) yang dikatakan ditandatangani ahli parlimen BN sebelum PRU, yang tidak pernah disokong dan dipersetujui oleh Dewan Tertinggi BN,” katanya lagi.

Dia juga berpandangan berdasarkan perlembagaan BN, pengerusi tiada kuasa untuk membuat sebarang keputusan berkaitan ahli parlimen gabungan itu tanpa berbincang dengan parti komponen.

MIC mempunyai seorang wakil di Dewan Rakyat iaitu Ahli Parlimen Tapah M Saravanan.

Menyifatkan MOU itu menyekat hak ahli parlimen, Rajasekaran berkata dokumen itu bercanggah dengan tanggungjawab ahli parlimen yang perlu mengambil kira kepentingan penduduk di kawasan mereka.

“Saya yakin ini bukan objektif akta antilompat parti…yang bertujuan menyekat ahli parlimen daripada bertukar parti selepas dipilih menerusi tiket parti lain.

“Akta itu bukan bertujuan digunakan sebagai helah agar ahli parlimen menyokong sebarang rang undang-undang dan menyokong kerajaan,” katanya lagi.

-Malaysia Kini

Tags: KetelusanMoUSU Agung MIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd