• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tujuh Daripada Lapan Mangsa Sindiket Pekerjaan Di Dubai Rakyat Sarawak

oleh Mohd Arshad
17/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Tujuh Daripada Lapan Mangsa Sindiket Pekerjaan Di Dubai Rakyat Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Tujuh daripada lapan warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dibawa pulang semalam adalah rakyat Sarawak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kesemua mangsa terbabit terpedaya dengan tawaran gaji lumayan AS$1,000 atau kira-kira RM4,480 sebulan dan dipaksa bekerja untuk syarikat perjudian dalam talian di negara itu.

“Mereka menerima tawaran itu menerusi aplikasi Telegram tetapi tidak dinyatakan pekerjaan apa yang bakal mereka lakukan di sana. Mereka tiba di Dubai sejak bulan lalu sebelum berjaya melarikan diri pada 30 November lalu dan meminta bantuan daripada polis peronda yang kebetulan terserempak dengan mereka,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya mengucapkan penghargaan kepada Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Dubai yang bersama-sama menangani isu berkenaan.

Selain itu, beliau menjelaskan Sarawak Volunteers menanggung kos tiket penerbangan pulang tujuh rakyat Sarawak dan seorang lagi rakyat Kelantan yang menjadi mangsa sindiket itu.

Tujuh rakyat Sarawak terbabit ialah Muhammad Adha Awang Azahari, 23; Mohamad Azam Abdullah, 23; Mohd Izzul Hydad Suhardi, 24; Syed Azwan Wan Abdul Karim, 20; Muhammad Azzaruddin Shah Azmannuddin, 20; Ainul Alif Sait, 28, dan Ashraf Salehin Hazmi, 24.

Sementara itu, Syed Azwan yang menjadi antara mangsa termuda berkata mereka menaiki penerbangan berasingan pada 24, 25 dan 26 Ogos lalu dan mula berasa tidak sedap hati apabila pasport serta telefon bimbit dirampas ahli sindiket itu sebelum mereka dikurung di sebuah rumah yang terletak di kawasan pedalaman.

“Sepanjang berada di sana, kami hanya diberi makan roti dan telur rebus pada tengah hari sahaja dan kadang-kadang diberi makan nasi kosong serta ayam untuk waktu malam,” katanya.

Katanya, mereka dikerah untuk bekerja dari 6 pagi hingga 1 pagi waktu tempatan dan telefon bimbit mereka dirampas selepas waktu bekerja tamat.

Dalam pada itu, Fadillah turut menggesa rakyat Malaysia agar berhati-hati sekiranya menerima sebarang tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan serta tidak munasabah.

“Tolong semak dahulu dengan pihak berkuasa mengenai kesahihan tawaran pekerjaan itu dan minta pihak berkuasa siasat. Saya harap rakyat Malaysia dapat mengambil pengajaran daripada kes ini,” katanya.

Semalam, KLN dalam kenyataannya memaklumkan kes sindiket itu diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia bagi membantu proses siasatan selanjutnya.

Menurut kenyataan itu KJM di Dubai telah mengambil tindakan segera bagi membantu menyelamatkan mangsa setelah menerima makluman berhubung perkara itu.

Bernama-

Tags: dubairakyat sarawaksindiket jenayah penipuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng Dituntut Mohon Maaf Kepada Rakyat Sarawak

20/05/2022
0

Kuching : Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menuntut Pengerusi DAP Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat Sarawak susulan dakwaannya...

‘Menteri Luar Perlu Jawab Isu Lawatan PM Ke Dubai’ – Anwar

14/04/2022
0

SHAH ALAM - Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah seharusnya segera menjawab tentang apa yang berlaku semasa lawatan rasmi Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd