• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Kasih TMJ

oleh Mohd Arshad
17/12/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Terima Kasih TMJ
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : “Penghargaan kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa memberikan sokongan serta kepercayaan kepada saya bagi beraksi cemerlang sepanjang musim ini.”

Ikuti Mynewshub: Telegram

Begitu kata bintang JDT, Arif Aiman Hanapi selepas mempertahankan gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) yang diadakan secara virtual, malam kelmarin.

Arif, 20, yang dinobatkan MVP pada musim lalu tidak berdepan masalah mempertahankan statusnya itu selepas persembahan cemerlang dan konsisten sepanjang musim bersama JDT.

Selain memenangi MVP, dia turut mempertahankan dua lagi gelaran iaitu Anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Menurut Arif yang meledak lapan gol dan 16 bantuan jaringan, dia turut berterima kasih kepada ketua jurulatih, Hector Bidoglio dan pegawai JDT yang sentiasa memberikan peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama pada musim ini.

“Bagi keluarga saya, terima kasih kerana mendoakan kejayaan saya serta sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada saya,” katanya.

Arif mengetepikan cabaran sengit Faisal Abdul Halim (Terengganu FC) dan Darren Lok (PJ City FC) bagi kategori Anugerah Penyerang Terbaik dan bagi Anugerah Pemain Muda Terbaik, Arif mengetepikan cabaran Azam Azmi Murad (Terengganu FC) serta Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC).

Selain Arif, kem JDT turut ceria dengan kemenangan Shahrul Saad bagi kategori Anugerah Pertahanan Terbaik selepas berjaya mengatasi rakan sepasukan, Corbin-Ong selain Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC).

Ini adalah kejayaan ketiga secara peribadi buat Shahrul selepas pernah memenanginya dua kali pada musim 2018 dan 2019 semasa bersama Perak.

Bagi kategori Anugerah Pemain Tengah Terbaik, Afiq Fazail (JDT) mencuri perhatian apabila diumumkan pemenang dengan menewaskan Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC) dan pemenang musim lalu, Baddrol Bakhtiar (Sabah FC).

Kemenangan ini adalah kejayaan sulung buat pemain berusia 28 tahun berkenaan sekali gus menebus kehampaannya pada musim lalu yang turut dicalonkan dalam kalangan tiga terbaik.

Berdasarkan ledakan 40 jaringan sepanjang musim ini di Liga Malaysia, penyerang JDT, Bergson da Silva, menepati statusnya apabila menggondol kategori Anugerah Pemain Import Terbaik dengan mengatasi rakan sepasukan, Fernando Forestieri dan ketua pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue.

Selain itu, pemain import kelahiran Brazil itu juga diumumkan Penjaring Terbanyak Liga Super 2022 apabila menjaringkan 29 gol, jauh mengatasi pencabar terdekat, Herlison Caion (Selangor) dengan 14 jaringan.

Melengkapkan lagi malam gemilang JDT di ABK22 apabila skuad Harimau Selatan itu turut memenangi Anugerah Pasukan Terbaik, sekali gus mempertahankan kemenangan sejak musim 2018.

Kejayaan mara ke pentas akhir Piala FA dan muncul naib johan Liga Super melayakkan Nafuzi Zain untuk muncul pemenang kategori Anugerah Jurulatih Terbaik, mengatasi pemenang musim lalu, Bojan Hodak (KL City FC) dan Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC).

Turut mencuri tumpuan ialah Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC) yang dinobatkan Penjaga Gol Terbaik, mengatasi saingan sengit Kalamullah Al-Hafiz (PJ City FC) dan Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC).

Sejarah juga tercipta di ABK22 apabila kategori Anugerah Gol Terbaik Liga Malaysia diperkenalkan kali pertama dengan Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC) muncul pemenang. Pemenang anugerah ini ditentukan 100% menerusi undian penyokong.

Sementara itu, PJ City FC berjaya memenangi dua kategori dipertandingkan iaitu Anugerah Fair Play selain penyerang, Darren Lok, yang meraih Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022 dengan 10 gol.

Turut tidak ketinggalan, Abu Kamara (Kuching City FC) muncul Penjaring Terbanyak Liga Perdana 2022 selepas meledak 11 gol manakala Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC) berjaya mempertahankan gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Perdana yang dimenangi musim lalu bersama Daryl Sham (Johor Darul Ta’zim II), apabila masing-masing menjaringkan sembilan gol.

Seramai 386 daripada 667 pemain disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama pasukan masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK22 yang mengundi 10 pemain terbaik mereka dalam setiap kategori.

Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.

Seramai 22 ketua jurulatih, 22 ketua pasukan Liga Super dan Liga Perdana dan 22 wakil media diamanat mengundi 10 pemain bagi setiap kategori itu pada 2 November dan berakhir 8 November lalu.

-Harian Metro

Tags: Arif AimanTerima KasihTMJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Implikasi Layanan Cukai Muktamad

Next Post

Tragedi Tanah Runtuh: Wanita Melayu Pekerja Kantin Sekolah Antara 24 Mangsa Maut

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post
Tragedi Tanah Runtuh: Wanita Melayu Pekerja Kantin Sekolah Antara 24 Mangsa Maut

Tragedi Tanah Runtuh: Wanita Melayu Pekerja Kantin Sekolah Antara 24 Mangsa Maut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd