• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu 52 Tahun Masih Susu Anak 6 Tahun

oleh
28/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Kebanyakan ibu hanya beri susu badan eksklusif selama 6 bulan atau paling maksimum pun sehingga anaknya itu berusia dua tahun. Namun, ibu yang satu ini memiliki waktu untuk menyusui lebih daripada itu.

Wanita warga Australia, Maha Al Musa, yang kini berusia 52 tahun dipercayai masih memiliki air susu badan yang ‘berlebihan’ sampai masih boleh menyusui anak perempuannya yang berusia 6 tahun bernama Aminah.

Aminah disusui secara teratur dan hasilnya dia belum pernah menerima imunisasi kerana si ibu tersebut sangat yakin ‘kekuatan’ air susu badan sebagai antibodi semula jadi bagi kesihatan anaknya itu, lapor media tempatan.

“Kadang kala rasanya seperti manisan halwa atau gula-gula lolipop. Saya amat suka kerana rasanya sungguh enak,” kata Aminah kepada majalah hal ehwal wanita yang paling popular di Australia, Woman’s Day.

Maha yang menetap di Byron Bay; 772 kilometer ke utara Sydney dan 165 ke selatan Brisbane itu, bangga masih menyusui anaknya malah, jika Aminah meminta, Maha tidak segan menyusui di taman permainan sekolah.

Aminah juga biasa menyusui sebelum tidur. Gaya hidup kebiasaan yang cukup aneh ini membuatkan Maha sempat tampil menerusi program stesen televisyen terkenal, Discovery Channel dalam episod Extreme Breastfeeding.

Ibu tiga anak  ini juga secara terbuka memuat naik fotonya melalui laman Facebook aksi dia menyusui Aminah, dan menurutnya, penting menghabiskan waktu untuk membuat ikatan yang kuat bersama puterinya itu.

Dalam pada itu, Aminah juga mengaku sangat menikmati saat tidur sambil menyusui badan ibunya. Ujar Aminah, kebiasaan ini mungkin akan terus berjalan macam biasa sampai dia berusia genap 8 tahun pada 2017 kelak.

Maha yang menjalani diet Paleolithic, iaitu banyak makan bijirin dan kekacang; dalam akaun Facebook-nya menuliskan bahawa tabiat masih menyusui anak yang sudah memasuki usia sekolah adalah hal yang normal.

“Biarkan anak dan ibu memilih apa yang terbaik bagi mereka, dan keluarga mereka. Usia 4 hingga 8 tahun adalah tempoh normal tumbesaran,” tulis Maha yang menguruskan kelas tarian perut prenatal dan persiapan kelahiran.

Bagaimanapun, dua abang kandung Aminah iaitu Kailash, 16 tahun; dan Tariq, 13 tahun; agak berbeza apabila hanya diberi minum air daripada susu badan oleh Maha sehingga mereka mencapai usia dua tahun sahaja.

Susu badan memang merupakan makanan terbaik bagi bayi karana mengandungi sejumlah zat diet diperlukan untuk pertumbuhan anak selain sebagai antibodi bagi bayi daripada mudah sakit. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: antibodiAustraliakelahiransusu badansusu ibuSydney
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd