• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Situasi Stabil Di Sempadan India-China Selepas Pertempuran Baharu

oleh Mohd Arshad
13/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Situasi Stabil Di Sempadan India-China Selepas Pertempuran Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING: China mendakwa keadaan di sempadan Himalaya yang terletak antara republik itu dengan India kini stabil selepas pertempuran baharu antara tentera kedua-dua negara berkenaan tercetus pada minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Insiden itu dianggap paling serius di kawasan sempadan membabitkan dua negara berkenaan sejak tahun 2020 apabila seramai 20 tentera India dan empat tentera China maut dalam pertempuran.

Menurut seorang sumber dari India, pertempuran yang berlaku pada 9 Disember lalu menyebabkan beberapa pegawai dari kedua-dua pihak mengalami kecederaan ringan.

Katanya, ketika kejadian, latihan ketenteraan bersama AS-India sedang berlaku di sempadan itu.

Jelas sumber itu, pasukan tentera China menghampiri kawasan berhampiran Garis Kawalan Sebenar (LAC), lokasi yang mana kedua-dua pihak mempersetujui untuk tidak melakukan rondaan.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin tidak mengulas mengenai dakwaan pertempuran itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, situasi di sempadan China-India kini sudah stabil secara keseluruhannya.

“Kedua-dua belah pihak mengekalkan hubungan dialog secara aman menerusi saluran diplomatik dan ketenteraan.

“Kami harap pihak India juga akan mara ke hadapan sepertimana dilakukan oleh China,” katanya.

Sebelum ini, beberapa laporan media India memetik sumber mendakwa pertempuran itu membabitkan kira-kira 300 anggota Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dan pasukan China mengalami lebih banyak kecederaan.

Setakat ini, China masih belum memberi maklum balas mengenai laporan media itu.

UtusanOnline-

Tags: PertempuranSempadan India-China
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pertempuran Dahsyat Tetap Berlaku Dalam Tempoh Gencatan Senjata Di Sudan

Pertempuran Dahsyat Tetap Berlaku Dalam Tempoh Gencatan Senjata Di Sudan

28/04/2023
0

KHARTOUM: Pertempuran dahsyat tetap berlaku di Sudan hari ini walaupun kedua-dua pihak tentera yang berperang bersetuju melanjutkan tempoh gencatan senjata...

Krisis Ukraine-Rusia: Pertempuran Semakin Sengit Di Kiev

27/02/2022
0

KIEV : Masuk hari keempat serangan operasi ketenteraan Rusia ke atas Ukraine, bandar Kiev menyaksikan pertempuran sengit di antara tentera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd