• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Tahan 19 ‘Ulat’ Di KLIA, Klia2

oleh Mohd Arshad
13/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
JPJ Tahan 19 ‘Ulat’ Di KLIA, Klia2
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan 19 ‘ulat’ disyaki menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dan beroperasi secara haram dengan mengenakan caj tinggi yang tidak munasabah untuk mengaut keuntungan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata seramai 18 daripadanya ditahan di klia2, manakala seorang lagi di KLIA, dalam Operasi Ulat (Ops Ulat) bermula 4 Disember lalu hingga semalam.

Katanya, 15 daripada mereka dikesan beroperasi menggunakan kenderaan persendirian dan empat lagi menggunakan kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati pelanggan mereka dipercayai dikenakan caj antara RM80 hingga RM150 ke Kuala Lumpur dan kawasan sekitar, berbanding teksi biasa atau limosin hanya RM65 hingga RM80 menggunakan kupon yang dibeli kaunter di lapangan terbang.

“Mereka yang ditahan itu berumur antara 20 hingga 69 tahun, dengan tiga daripadanya dikesan melakukan kesalahan berulang,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Jika sabit kesalahan, Zailani berkata, boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, beliau berkata, individu yang bersubahat dalam kegiatan ‘ulat’ berkenaan juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) akta sama.

“JPJ komited untuk terus memberi advokasi kepada pengguna berkaitan kegiatan ‘ulat’ itu menerusi video hebahan disediakan dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan agensi penerbangan lain bagi membanterasnya daripada berleluasa,” katanya sambil mengaku pernah didekati ‘ulat’ berkenaan di lapangan terbang yang menawarkan khidmat kereta sewa.

Dalam pada itu, Zailani memaklumkan sejak Januari 2022 hingga semalam, sebanyak 130 kes ‘ulat’ dikesan dengan 21 masih belum selesai membabitkan jumlah kompaun sebanyak RM426,800.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga akan terus menggiatkan operasi membanteras kegiatan ‘ulat jaket’ yang menawarkan pelbagai pakej percutian murah.

BHonline-

Tags: JPJKLIAKLIA2ulat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd