• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perancangan Mikro PDRM Bagi Kesiapsiagaan Banjir

oleh AK-47
13/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Perancangan Mikro PDRM Bagi Kesiapsiagaan Banjir
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai susunan perancangan mikro yang berlandaskan pengalaman lalu sebagai persediaan menghadapi banjir yang sedang melanda di beberapa negeri ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah turut diberi taklimat mengenai kesiapsiagaan banjir dalam lawatan kerja pertama mereka di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

“Persediaan menghadapi banjir mengikut prosedur operasi stabil (SOP) seperti biasa yang berpandukan kepada pengalaman lepas.

“Dari sudut keterlibatan dalam mewujudkan pusat pemindahan sementara (PPS), saya dimaklumkan terdapat lebih 800 pusat pemindahan disediakan berbanding lebih 400 PPS pada musim monsun timur laut lalu.

“Jadi berasaskan pengalaman lalu, mereka unjurkan keperluan logistik pusat pemindahan sementara yang kita anggap paling penting iaitu point yang pertama selepas mangsa dikeluarkan,” katanya pada sidang media selepas Lawatan Kerja di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Saifuddin berkata, PDRM sudah sepenuhnya bersedia dalam menghadapi banjir dengan persiapan turut mengambil kira keperluan mewujudkan PPS dengan jumlah yang munasabah.

“Misalnya di Kelantan, tumpuan sekarang adalah di Sungai Golok iaitu sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang. Namun mengikut pengalaman lepas, selesai (banjir) Rantau Panjang dengan Pasir Mas, air itu mesti sampai ke Tumpat.

“Dari situ, kita boleh baca corak banjir setiap kali musim monsun timur laut. Jadi persiapan kita sekarang ini adalah menggerakkan anggota di kawasan itu tanpa mengabaikan tempat lain,” katanya.

Beliau berkata, PDRM akan menjalankan tugas hakiki mereka menjaga harta benda penduduk yang berpindah ke PPS selain membantu dalam operasi penyelamatan.

“Tidak syak lagi tugas hakiki pasukan polis dalam apa keadaan sekalipun adalah menjaga harta benda orang ramai termasuk pada musim banjir ketika rumah mangsa ditinggalkan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BanjirKesiapsiagaan BanjirPDRMPerancangan Mikro
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd