• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelombang Haba: Amaran Peringkat Tertinggi Dikeluarkan

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Amaran peringkat tertinggi dikeluarkan di dua negeri, Andhra Pradesh dan Telangana, dengan angka kematian meningkat kepada lebih 750 orang akibat gelombang haba.

Para pegawai berkata sejumlah 551 orang meninggal dunia di Andra Pradesh, manakala bakinya di Telangana dengan 125 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Kebanyakan daerah di kedua-dua negeri itu terus mencatatkan suhu melebihi 46 darjah celcius dan menurut Jabatan Meteorologi India, keadaan cuaca semasa akan berterusan dalam beberapa hari lagi.

Pihak berkuasa di kedua-dua negeri menggesa orang ramai terutamanya buruh supaya tidak bekerja di kawasan terbuka antara jam 11 pagi hingga 4 petang.

“Sebahagian besar mangsa adalah mereka yang terdedah kepada cahaya matahari, biasanya berumur 50 tahun dan ke atas serta merupakan kalangan pekerja,” kata P Tulsi Rani, pesuruhjaya khas jabatan pengurusan bencana Andhra Pradesh, yang dipetik saluran berita NDTV.

“Kami meminta mereka supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti menggunakan payung, memakai topi, minum cecair dalam jumlah yang banyak misalnya air dan susu masam, serta memakai pakaian daripada kain kapas,” katanya.

Y K Reddy daripada IMD memberitahu saluran berita itu bahawa sebahagian besar Telangana mengalami suhu panas paling buruk dalam beberapa dekad sejak beberapa hari lepas.

“Suhu tinggi bukanlah luar biasa tetapi ia berlarutan sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari. Ini amat membahayakan,” kata Reddy.

Pegawai cuaca berkata tiupan angin barat laut yang kering dan panas adalah punca berlakunya gelombang panas ini, yang diburukkan lagi dengan keadaan langit tanpa awan di kawasan ini.

“Bagaimanapun, arahnya kini berubah, jadi mungkin ada kelegaan dalam beberapa hari lagi,” kata Reddy.

Sementara itu, di Delhi cuaca paling panas direkodkan semalam ialah 45.6 celcius, menyebabkan tidak ramai yang berada di jalan raya utama.

Beberapa tempat di bandar raya ini dan kawasan sekitar, dengan penduduk berjumlah lebih 20 juta orang, mula mengalami gangguan bekalan air dan elektrik. – BERNAMA

https://youtu.be/e1CaCAQK2cc

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd